Monday, May 28, 2012

AKU SUKE NANGIS!!

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Aku akan nangis tiap kali aku rasa tertekan sangat.
Aku akan nangis tiap kali aku marah seseorang.
Aku akan nangis tiap kali aku tengok cerita sedih.
Aku akan nangis tiap kali aku kena tinggal (tanpa rela) oleh keluarga @kawan2 aku.
Aku akan nangis tiap kali barang yang aku simpan dan tiba-tiba barang tu takde, akhirnya aku dapat tau barang tu dah xde lagi.
Aku akan nangis tiap kali aku rasa orang yang aku sayang macam dah tak perlukan aku lagi.
Aku akan nangis tiap kali aku terbayangkan yang suatu hari aku terpaksa tinggalkan orang yang aku sayang.
Aku akan nangis tiap kali aku teringat betapa sakitnya hati aku suatu masa dulu.
Aku akan nangis tiap kali aku rasa orang yang aku sayang cam buat derk je kat aku.

*Time aku post benda ni,baru je lepas nangis!Wallaweh............. (sebab tu datang keje dengan mata yg bengkak) TERBAIKKK!


Monday, May 7, 2012

KEHIDUPAN & PENGALAMAN


ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Sudah agak lama aku tak update blog aku ni,bersawang suda..OK kali ni aku nak share dengan korang tentang beberapa kisah benar dalam kehidupan aku. Cerita yang aku post kali kisah benar tapi adelah aku tambah sket-sket.

Kisah #1
Fatin dan Sahri merupakan sepasang kekasih sejak di bangku sekolah lagi. Fatin seorang gadis yang amat baik, kebanyakkan rakan-rakannya amat menyenangi tingkah laku beliau sebagai sahabat. Tidak berkira, mudah dibawa berbincang, hormat orang tua, dan tahu menjaga hati. Percintaan yang tercipta hampir 5tahun pastinya mengukir seribu satu kenangan manis dan pahit buat mereka. Cinta yang mendalam antara mereka membawa kepada perancangan untuk menamatkan kisah itu sebagai suami isteri. Tetapi, tidak dipersetujui oleh keluarga Fatin. Sehinggakan Fatin pernah berkata berhawa jika keluarganya tidak menerima Sahri sebagai teman hidupnya, dia tidak akan berkahwin dengan sesiapa pun sampai bila-bila. Tapi benarlah seperti yang telah dikatakan, jodoh itu ketentuan Allah. Genap 5tahun percintaan mereka, akhirnya ia terputus di tengah jalan. Fatin tidak menyalahkan Sahri dengan apa yang telah berlaku, kerana dia juga merasakan turut bersalah dalam hal tersebut. Fatin redha dan pasrah dengan apa yang telah berlaku di saat hatinya hancur berkecai dengan harapan yang telah dibina. Di saat hatinya dibadai kelukaan, hadir seorang insan yang tidak pernah dikenalinya menyuarakan hasrat untuk memperisterikannya. Fatin menyampaikan hasrat lelaki itu kepada keluarganya. Tanpa pernah bersua dan tidak begitu mengenali antara satu sama lain, dalam tempoh 3bulan perkenalan akhirnya mereka mengikat tali pertunangan. Memang benarlah jodoh itu urusan Allah walau sebaik mana kita merancang. Dan mereka bakal mendirikan rumahtangga 3bulan kemudian iaitu genap 6bulan usia perkenalan mereka. Insyaallah. Amin.

Kisah seterusnya kan menyusul......................in progress!

Sunday, January 29, 2012

TERPOTONG

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA !!!!

Sekarang dah masuk tahun 2012, dan dah nk end of January dah pun. Kejap je sekarang ni masa dh berlalu. Hari ni mood aku tak berapa nak ok. Sejak 2 hari yang lepas pun mood aku tak berapa nak stabil. Sakit. Sedih. Resah. Risau. Cemburu. Benci. Bosan. Semuanya ada secukup rasa. KENAPA?? BIARLAH RAHSIA huhuhu.

Tapi seriously, aku mmg tengah betol2 "nazak' sekarang ni. But i don't think org perasan dengan pemasalahan diri aku sekarang. Aku bukan jenis manusia yang depan orang nk tunjuk muka orang yang ada masalah. What can i do is juz SMILE. Kalau dah sampai tahap aku boleh menangis secara tiba-tiba maknanya ia semakin kritikal. OHH GOD i try to throw away all bad feelings that i feel right now jauh2. Malas nk fikir dah. PENAT. (tapi boleh ker cik marhafiza???, kau tu suka layan perasaan)


TQ =(

Monday, December 26, 2011

YEAR END ~ 2011

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA !!!!!


Hari ni 26 Disember 2011. Pada tarikh yang sama iaitu 26 Disember 2004 telah berlaku satu peristiwa di atas muka bumi ini iaitu kejadian tsunami yang meragut ribuan nyawa manusia di beberapa negara iaitu Indonesia (Acheh dan Sumatera Utara), Sri Langka, India, Bangladesh, Malaysia, Maladewa, Thailand. Dan aku pasti mereka yang merasai detik itu tidak akan melupakan peristiwa tersebut seumur hidup mereka di samping kehilangan insan-insan tersayang.

Tahun depan usia ku sudah menjangkau 24 tahun. Ermm muda lagi kan..?? HAHA
Aku dilahirkan pada 16 mac 1988 bersamaan dengan 27 Rejab 1408. (Aku baru tahu sebenarnya aku dilahirkan pada bulan Rejab). Rase cam kejap je waktu berlalu. Kadang terasa seperti baru je aku abis SPM, tapi sekarang dah umur 24 tahun??!!. Dah hampir 6 tahun tinggalkan zaman sekolah. I miss that moment so much!


Gambar kat atas ni diambil waktu aku form 4, mase tu kitorg ikut rombongan budak2 form 6 ke KL & Melaka. Kawan2 aku yang ikut time ni juz juwani, faizan, myna & fahima. Beberapa org jela budak2 form 4 nih.

Ni lah bestfren aku mse sekolah, kalu wat pape mesti kena sama2.
Raidah, Faizan, Noraini, Farrahana



Tamat je sekolah menengah, aku dapat offer masuk matrikulasi kat Arau, Perlis.Nih la kawan2 rapat aku kat sana aka my roomate (rai, yuni, siti)

Dalam gambar ni aku kelihatan agak pucat dan tak bermaya sebab time tu baru sihat selepas 2 minggu aku tak sihat.(2 minggu tu beb aku ponteng kelas).


Then , memasuki fasa yang seterusnya sebagai seorang student di UiTM Dungun. (kampung halaman aku jer)


Kat Uitm nilah sahabat2 baru aku. Selama 3tahun study kat situ, ni lah orang2 yang selalu bersama aku.
(Ara, Syeila @ kak syiela, Fasihah @ kak pa). Ara dan Syeila dah kawin and dah ade baby pun.
Kite bile lagi kak pa..???



Habis dah study, and i'm graduated.
Taraaaaa!!!!

And NOW......aku dah keje. Walaupun taklah hebat sangat keje aku sekarang ni. But at least i have a job daripada org lain yang duk tanam anggur tu kan. Aku dapat mengenali bermacam2 jenis manusia dan ragam mereka. Dan kat tempat keje aku ni jugak.......i met him.


That's all.

p/s: suka mengimbau kenangan lame.

Friday, December 23, 2011

"SESOMETHING"

Aku sangat bahgia kerana dapat bertemu dengannya..
Bagiku, dia seorang lelaki yang sempurna..
Entah mengapa jantung ku berdegup dengan kencang sekali..
Tidak pernah aku merasa perasaan sebegini..
YA! Aku tahu aku telah terlanjur mencintai dan menyayanginya..
Tidak dapat lagi aku tepis perasaan ini..
Aku juga tidak sabar untuk meniti wajahnya walaupun hanya sedetik..
Walaupun agak sukar untuk ku menggapainya..
Sudah cukup buat ku jika dapat melihat die tersenyum..
Kerana bagi ku jika dapat melihat senyuman itu..
Ia satu pengubat rindu..

Monday, December 12, 2011

JIKA

Jika masih ada waktu yang tersisa buat kita,
Isilah ia dengan coretan kehidupan,
Yang bisa membuat kita tesenyum..

Jika masih ada ruang yang belum terisi,
Penuhilah kekosongan itu dengan kenangan -kenangan indah,
Untuk kita ingati kelak..

Jika masih ada jurang yang memisahkan,
Sulamilah ia dengan kasih sayang,
Agar nanti kita bertambah erat..

salam sayang, seribu kali sayang.................

Friday, November 4, 2011

RAPUH

I don't want to lose you..thats my worst fear..
I love you as you are..

***


Belum sempat ku membagi kebahagiaanku
Belum sempat ku membuat dia tersenyum
Haruskah ku kehilangan untuk kesekian kali
Tuhan..ku mohon jangan lakukan itu

Sebab ku sayang dia
Sebab ku kasihi dia
Sebab ku tak rela tak selalu bersama
Ku rapuh tanpa dia
Seperti kehilangan harap

Jikalau memang harus ku alami luka
Kuatkan hati ini menerima