Friday, February 15, 2013

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Yang patah akan tumbuh..yang hilang akan berganti...mesti kita selalu sangat dengar ungkapan tu kan.Sebenarnya memang betul pun pepatah tu. So tak payah la nak sasau sangat bila kita kehilangan sesuatu yang kita sendiri yakin akan ada penggantinya kelak.Melainkan macam yang dah tiada pengganti macam mak ayah kita, keluarga...haa yang tu memang xkan ada pengganti sampai kiamat pun. 

So kalau putus cinta ke, kucing mati ke, hp rosak ke, bff pulaukan kita ke, laki lari ngan pempuan lain ke, chill je (hahaha kalau tak kena batang hidung sendiri).

Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/S : minggu ni heboh sangat pasal Shila Amzah yang katanya dah putus cinta dengan Sharnaaz. Personally aku tak berkenaan sangat dengan mamat tu walaupun tak kenal die.Relax Shila, awak tu comel, ramai lagi lelaki lain kat luar sana.Good Luck!!



Monday, February 4, 2013

DOA BUAT KEKASIH

Dalam bisikan doa..ada segaris nama
Yang ku mohon pada Allah
Andai benar dia..
Semoga Allah permudahkan segalanya..

Ku sampaikan salam rindu..
Moga kamu akan baik-baik sahaja..
Dan moga Allah menjaga mu
Sepertimana Dia menjaga ku..

#Wallahualam

Sunday, February 3, 2013

DON'T DRINK & DRIVE

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA....

Aku adalah di antara pemandu yang takde lesen.HAHAHA... Pernah buat lesen tapi separuh jalan sebab malas nak sambung. Aku daftar buat lesen kira-kira 4tahun lepas masa cuti sem. Daftar pun sekali ngan kawan. So time ktorg pegi la sama-sama. Aku ni sebenrnya penakut sket tapi ntah cmne aku pulak yang jadi pemandu dan sampai je kotrg kat IM tu yang agak jauh dari rumah bagi org yang bukan langkah panjang macam aku ni.


So mula-mula daftar la untuk amik lesen moto.Dah lepas L, aku pegi test untuk dapat P, boleh pulak KANDAS gara-gara kesalahan yang aku rasa bodohnya aku buat camtu.. (tak perlu tau la kan ape benda yang aku buat..hehe). pastu aku repeat lagi sekali, pun KANDAS jugak. Kali ni aku rasa lagi bodoh sebab buat kesalahan camtu.pastu aku dah give up nak buat. Then mati camtu je dah lesen aku.


Maka bermulalah aku sebagai pemandu haram di jalanan. Weng sana, weng sini...................!! Macam ade lesen besar je lagaknye.Tetiba pulak malam tadi mak buka cerita suruh belajar bawak kete, aku pun buat@ sibuk duk main game. Bukan taknak, tapi takut lah mak!! Pakai driver boleh?? (Feelim mak datin sket)

Saturday, February 2, 2013

CHENTA HEARTY SAYA

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA....

Hookey..di pagi yang indah dan aman damai ni,aku nak share sikit pasal seseorang. Mood tengah bunga-bunga cinta gittew pagi-pagi ni sebelum ade orang spoiled mood aku nanti.Sambil mengadap laut china selatan dan diiringi dengan bunyi hempasan ombak ke pasir memang syok walaupun sesekali terganggu dengan bunyi bising kenderaan lalu-lalang.

Sebelum ni aku dah ada mention pasal sesorang yang bernama Mohd Sabree or MSMT or MR.M...jangan terkeliru ye, semua tu orang yang sama.Dulu die boyfriend aku. Tapi sekarang bukan lagi.......Coz now he is my fiance!! Last night when he wished me good night and mention " tunangku yang sentiasa si hati " aku boleh senyum sorang-sorang sebab rasa cam haaaa??heeee?huuuuu.... Dan aku tertidur sambil tersenyum.HAHAHA.OK.

Kami memang tak banyak amik gambar sama2,tak taulah kenapa...hehe.boleh kira berapa keping je kami kami bersama time bercinta ni...Simpan untuk amik berdua nanti jelah.heeee ;p


1st pic together (2010)













Aidilfitri 2011

2013

Thursday, January 31, 2013

QUOTES

LOVE is as much of an object of obsession,
Everybody wants it,
Everybody seeks it,
But few ever achieve it,
Those who do..will cherish it,
And among all..will never never forget it.

Tuesday, January 29, 2013

26012013

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Selamat tahun baru 2013..Wah dah lama jugak aku tak update blog ni..agak bersawang jugak la..nk kena bersih2 sket..2013..tahun ni usia aku akan bertambah lagi..25tahun..wahaha..tetiba rasa dah tua dah..cepatnye wktu berlalu..kawan aku yg sama usia ngan aku dah dah beranak dua,tiga...alhamdulillah rezki dorg.


Permulaan utk 2013...finally I'm engaged!!Macam xcaye pun ade..rase cam baru je jumpe die..bila dihitung2 dah dekat 3tahun kami kenal..alhamdulillah..sebenarnya baru hari ni aku "sedar" yg aku dh bertunang dan seseorang dah hampir bersedia utk myunting aku menjadi permaisuri hatinya..satu perasaan yang tak dpt nk aku gambarkan kat sini..haa touching pulak malam2 buta ni.


Jika dia yang terbaik buatku..maka KAU dekatkanlah hati kami berdua...amin...bile nak menamatkan zaman bujang??Entahlah aku sendiri xtau..ktorg xdiscuss ape2 pun lagi..biar jelah dulu..jika mmg jodoh kami..xkan lari gunung dikejar..tp tu gunung kan..ni manusia..ada dua kaki..hahaha..

Future mother in law


Terima kasih menerima diri ini seadanya..Mr.M.."M" stand for Malas actually..haha jgn marah ye syg.






*Hugs and Kisses*

Sunday, September 9, 2012

ACHANERR NI??

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Susah nak menjalani hidup seharian bila sesuatu yang selalu ada dengan kita setiap hari tiba-tiba takde. Sebagai contoh, setiap hari kita bangun tido, pegi mandi. Tapi suatu hari tu bila kita bangun tido, nak pergi mandi tapi air takde. Ade pun kena jimat-jimat.SUSAH kan? Still boleh hidup tapi agak sukar untuk kita yang dah biasa buka paip dan air keluar melimpah-ruah. Aku saja je nak guna situasi tu sebab tu yang paling senang nak faham. Tapi sebenarnya bukan pasal air yang aku nak persoalkan kat sini. Sebenarnya hal ni tentang kehidupan kita dengan manusia lain AKA hamba allah.

Aku seperti juga manusia lain ada punyai perasaan. Of coz lah kalau dah namanya manusia kan. Even orang gila or sewel sekalipun masih lagi ada perasaan. Perasaan yang jelas kat sini ialah berkait rapat dengan soal CINTA. Apakah itu CINTA? Sejenis cupcake or burger alaf baru agaknye...HMMM. Saat ni si DIA tengah mendiamkan diri dengan aku. Entah di mana silapnya aku sampai jadi camni. Masuk hari ni dah dekat dua minggu kot. Penat aku tunggu hari-hari bila la agaknya dia nak 'BERSUARA' semula dengan aku. SAKITnya tuhan je yang tahu. PENANTIAN tu memang satu penyeksaan bro.

Tunggu sampai tua

Dia nak aku biarkan dia sendiri buat sementara waktu ni. Kalau dia dah ok nanti, oklah kot. Entahlah aku pun tak pasti dengan keadaan ni. Hanya mengharapkan yang terbaik untuk hubungan ni. Kalau boleh aku taknak fikir negatif, tapi kadang kala aku tak dapat lari dari perasaan tu. SEBAB aku cuma manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan....

Mengharap yang terbaik buat kita berdua.