Apa yang saya nk tulis hari ni ialah tentang kisah persahabatan di antara Lin, Nurul, Ella & Zaza. Mereka berempat ni mula berkenalan sewaktu di sama-sama mendaftar di sebuah IPTA di pantai timur kira-kira 3 tahun yang lalu sekitar bulan Julai 2007. Jika diikutkan, Lin dan Zaza telah pun mengenali antara satu lain sewaktu mereka sama-sama belajar die sebuah kolej di utara tanah air sebelum mereka dapat melanjutkan pengajian di IPTA tersebut.Lin dan Ella tinggal berkongsi bilik yang sama manakala Nurul dan Zaza masing-masing berlainan bilik. Tetapi mereka merupakan peljar daripada jurusan yang sama. Mereka mula rapat sejak semester kedua pengajian. Banyak perkara yang mereka lakukan bersama. Meskipun masing-masing berlainan perangai dan tabiat tetapi itu tidak membataskan mereka untuk berkawan.
Adat dalam berkawan, sudah pastinya ada masanya mereka akan berselisih faham kerana perkara-perkara yang boleh dianggap kecil sahaja. Tapi sungguhpun bertengkar, mereka akan kembali berbaik semula. Di antara mereka berempat, Nurul lebih bersifat seperti keibuan, mungkin kerana posisinya sebagai anak sulung dalam keluarga. Ella pula kadangkala sering menimbulkan masalah dari segi kurang bekerjasama terutama apabila melibatkan kerja berkumpulan dan apabila melibatkan pertolongan. Lin pula bolehlah digambarkan sebagai seorang yang tidak begitu suka masuk campur hal orang lain manakala Zaza pula seorang yang kelihatan tenang pada zahirnya.
Persahabatan mereka berjalan dengan lancar hinggalah pada akhir semester kelima pengajian, Lin menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan kekasihnya. Hasratnya itu telah pun dimaklumkan kepada Ella dan Zaza terlebih dahulu. Zaza tidak banyak membantah, pada fikirannya dia merasakan mungkin ada baiknya untuk Lin berumahtangga dan mungkin sudah tiba jodoh Lin. Ella juga menyatakan hal yang sama. Nurul yang mengetahui perkara tersebut seakan tidak begitu bersetuju dengan keputusan Lin dengan menyatakan Lin masih muda dan masih banyak yang Lin harus capai dalam hidup sebelum berkahwin memandangkan Lin anak sulung dalam keluarga dan die seharusnya membantu keluarganya dahulu selepas tamat pengajian nanti. Lin sedikit berkecil hati dengan pernyataan Nurul.
Keputusan telah diambil, akhirnya Lin nekad untuk berkahwin. Seminggu selepas tamatnya peperiksaan akhir semesta lima Lin telah diijab kabulkan dengan kekasihnya Johan. Lin hanya memaklumkan hal pernikahan tersebut kepada Ella dan Zaza sahaja dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga Lin yang terdekat sahaja. Beberapa bulan selepas itu, Nurul akhirnya dapat tahu mengenai perkahwinan Lin dan bertanya kepada Zaza untuk mendapatkan kepastian. Setelah sekian lama Zaza menyimpan rahsia tersebut, akhirnya ia terlerai jua. Zaza berat untuk menceritakan hal tersebut kepada Nurul kerana dia tahu Nurul akan berkecil hati. Tetapi Zaza juga rasa bersalah kerana menyembunyikan hal tersebut daripada Nurul.
Setelah peristiwa tersebut, Lin dan Nurul semakin berjauhan. Tiada lagi perhubungan yang seindah perhubungan dulu. Segalanya semakin hambar. Masing-masing tidak menghubungi antara satu sama lain. Hanya Ella dan Zaza yang masih terus berhubung dengan baik antara mereka berempat. Kini sudah setahun segalanya berlalu, tidak nampak sinar bahawa Nurul dan Lin akan kembali bertaut semula. Seolah-olah masing-masing terlalu ego dan tidak mahu membetulkan keadaan tersebut. Pernah juga Zaza cuba untuk menyatukan mereka semula, tetapi tidak berhasil. Mungkin satu hari nanti segalanya akan kembali jernih seperti dahulu. Insyaalah.
Kini Lin telah selamat melahirkan cahaya matanya. Ella pula sudah berrumahtangga dan juga telah selamat melahirkan cahaya matanya. Nurul dan Zaza pula sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing. Semoga persahabatan antara mereka berempat tetap utuh hingga keakhirnya dan semoga Nurul dan Lin kembali berbaik demi sebuah perhubungan.

No comments:
Post a Comment