Thursday, September 25, 2014

BARU BARU BARU

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Tahun ni banyak benda baru di sekeliling aku. Status baru sebagai isteri, ada family baru (family suami). Masuk bulan ni dah 8 bulan aku bernikah. Walaupun dah agak lama jugak, tapi sebenarnya aku masih kekok dengan family suami. Sikit-sikit jela yang berubahnya. kat tempat kerja pulak, tahun ni aku dapat ramai kawan-kawan kerja baru. Ada naz, kak ira, rasul, syafiq, yana, azie, saiful. Best jugak dorang ni bila jenis kepala gila-gila. So bila eda xde, abg lan and kak dayah xde, aku ade nur, azir, dan yana. Tempat hilangkan stress. kalua duk dengan dorang ni memang ade je benda yang nk dijadikan isu.Layan jelah kerenah adik-adik ni kan.



Saturday, April 19, 2014

HYE.HYE.HYE 2014

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Wah dah lama giler tak update blog ni. Last update dec last last year. Maklumlah haritu busy dengan persiapan wedding. Ok 2014 ialah tahun yang aku tunggu-tunggu. Sekarang saya sudah bergelar sorang ISTERI. Tiada yang lebih indah iaitu dapat bersama dengan orang yang kita sayang dan benar-benar mahu menjaga kita hingga ke syurga. Insyaallah..

Ok. Kami nikah pada 01 Feb 2014. So dah hampir 3 bulan pun kawen. Kehidupan lepas kawen, tak banyak berubah sangat, sebab masih lagi tinggal dengan family ktorang, so tak rasa cara hidup berdikari sebagai sepasang suami isteri. Niat memang lah nak duduk sendiri, tapi belum ada rezeki lagi la nk dapat rumah sendiri. Punyalah susah nak dapat rumah sewa kat sini. Semua suka nak bagi sewa dekat student je, kalau ada untuk family pun, sewa pulak tinggi la sangat tak mampu. Bukan nak rumah besar pun, cukuplah untuk duduk dua orang buat masa ni.

Kami punya wedding simple jer, yela buat majlis semua pakai duit. Duit sendiri pulak tu, family tambah la sikit-sikit. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, walaupun ada yang last minit.