Friday, May 27, 2011

RISAU........??

Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Samada aku sedar atau tidak, tahun ni aku sudah pun berusia 23 tahun. Tahun depan 24 tahun, kekadang gembira sebab rasa dah dewasa tapi dalam masa yang sama agak risau dan gerun menghadapi dunia orang dewasa. Dan kekadang jugak, rase macam dah nak tua jer..?? Itulah yang aku rasa sekarang. Bila aku start je untuk berfikir tentang masa depan, risau jugak rasanya. Yelah, mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang aku akan berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Itu pun jika masih ada hayat dikandung badan. Tapi mampukah aku untuk menempuhi hidup sebagai seorang isteri yang baik dan ibu yang baik pada anak-anak aku. RISAU dowhh!! Tapi apa-apa pun aku akan buat yang terbaik. INSYAALLAH………………..

Monday, May 9, 2011

TENTANG SESUATU

Kenapa kebanyakkan lirik lagu adalah berkisarkan mengenai CINTA??
Kalau tak berkenaan CINTA, xleh jual ke lagu tu wahai penulis-penulis lirik?? Just wondering……………………..

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu memanggil seluruh raga ku
Ku ingin kau tau
Ku selalu milikmu yang mencintaimu….sepanjang hidupku…….
Sungguh……………………hanyalah dirimu yang aku cintai
Dan sungguh……ku kan di sisimu hingga ku mati…....

**Antara bait-bait lagu TERCIPTA UNTUKKU versi Pasha Ungu feat Rossa.

Tiba-tiba datang idea nak tulis pasal lagu ni sebab ketika ini mood aku tengah sedih sikit sebab sedang menanti seseorang yang tak muncul2 ermm (tenggelam2 timbul), dah beberapa hari macam ni………….... Lagu ni sama jer macam lagu asal die, cuma ada tambahan part Rossa tu jer. First time aku dengar lagu ni kira-kira 4-5 tahun dulu. Bila dihayati lirik ni memang agak touching jugak, tapi ermmm wujud ke situasi macam ni. Sebab aku sendiri rasa macam mustahil. Tapi kalau dah tertulis macam tu kira ALHAMDULILLAH la kan. Sejujurnya aku pun harap macam tu (tapi macam fairytale jer)
Aku ni bolehlah dikatakan seseorang yang agak sentimental sikit. Kalau mood tengah kosong pastu dengar pulak lagu yang sedih-sedih, bercucuranlah airmata aku ni jatuh. Nak-nak bila lagu tu ade sejarahnya yang tersendiri dalam hidup aku. Saat ni pun aku sangat SEDIH!! Kalaulah awak tahu perasaan saya ketika ini. Tapi lebih baik awak tak tahu dari tahu. SORRY sebab saya memang macam ni.

Next song>>>>

UNTUK MENCINTAIMU by SEVENTEEN

Kerna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu
Tak akan menyerah dan tak kan berhenti mencintaimu
Ku berjuang dalam hidupku
Untuk selalu memilikimu
Seumur hidupku
Setulus hatiku hanya untukmu

The power of LOVE!!
Korang faham kan maksud ayat di atas..?
Sanggup berjuang demi cinta, tapi kalu suruh pegi berjuang untuk tegakkan agama, bangsa dan negara sanggup ke dik ooi..??
HEHEHE…..Fikir2kan dan selamat beramal!!

Friday, May 6, 2011

KU MERINDU~

MISSING YOU BABE!!!!!!!

POKOK KELAPAK


**First time aku dengar lagu ni si Marsha AF3 yang nyanyi mase dalam diari AF

Every time I see sayang my heart bergoncang
Every time I think of you pagi and petang
I forget to eat my makan
Coz there’s no other boy but this one
Underneath pokok kelapa
I will wait for you
Oh sayang hear me lah
Don’t tutup pintu
Coz your hair is like penyapu
Coz I know it’s full of kutu…



Thursday, May 5, 2011

YANG MANA SATU??

Macam-macam versi panggilan untuk ibu bapa yang dorang ni suh anak-anak dorang panggil. Contohnya yang biasa kite dengar mak, ayah, mama, papa, mummy, daddy, umi, ibu, abah, wahid...ape lagi ek?? Tapi tu jelah yang aku biasa dengar. Dalam banyak-banyak panggilan itu, aku sendiri lebih suka kalau anak aku panggil aku dengan panggilan "IBU" bila aku dah ada anak nantilah. Rase cam lebih keibuan (wawawawa.......yeke camtu?)

Dekat rumah sekarang ni aku panggil ibu aku dengan panggilan "MAK" dan ayah dengan "PA".
Bagi aku kalau ibu-ibu zaman moden ni dorang lebih cenderung untuk suruh anak dorang panggil "mama" or "mummy" kot. Not mummy=mumia ok. Kalau mummy tu cam comel je bunyinye. Bagi aku la, xtau la bagi orang lain, lantak koranglah. AAK!!

MALAS WEHHH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Sepatutnya bila dah time macam ni, aku dah ade dekat rumah tapi sekarang aku masih lagi dekat tempat kerja. Kenapa? Bukan sebab banyak kerja tapi sebab not in mood untuk balik. Mesti pelik kan, ade jugak orang macam aku ni kan hahahaha!! Kalau orang tu tahu, mesti die dah hambat aku suruh balik. Die pulak senyap jer, ke mana hilang aku pun xtau, sms pun tak reply. TENSION aku.

Esok (hari Jumaat tapi aku kerja) mungkin busy sikit kot. Ade function dari group Terengganu Chess Association dorg ade competition pastu perasmian Tenggol Underwater Photography Competition. Harapnye tak menyerabutkan kepala otak aku esok.

Tetiba rase lapar, sebelum balik kena order makanan dulu la. Takot nanti bila dah sampai rumah xde makanan yang berkenan di hatiku. Dalam kepala aku "nasi goreng minang"??"gCC"????



Tuesday, May 3, 2011

NEW POST~new month^

Assalammualaikum,waa sudah agak lama aku tak menjenguk blog aku ni, maklumlah agak sibuk dengan hal-hal kerja dam peribadi (sibuk sangat ker aku??). Dalam jangka masa sebulan ni tak banyak sangat la perubahan yang berlaku, semuanya sama je. Erm, tapi ade jugak la yang berubah. Budak2 yg training (yatie dan sha) kat department aku ni pun dah habis training, Yati pulak dah berhenti kerja kat sini lepas dapat offer yang lebih baik dan gaji yang lebih baik, nak kumpul duit untuk kawin katanya. Amboi....cepatnye. Katanya kalau dapat gaji RM 600.00, RM 500.00 nak simpan, RM 100.00 je nak belanja, aii boleh ke mek tie woi. HAHAHAHA!!! Betapa berkobar-kobarnye die nak kawin.

Yang tu tentang tempat kerja,tentang personal pulak erm, so far so good. Cuma adelah kes hari tu, si dia terasa hati ngan aku, lepas 13 hari barulah OK (lame giler die merajuk). Baru la lega hati aku. Saat dia reply sms aku, kata dh "OK"....wah terasa cm nk melayang jer.WAWAWAWA!! Bahaya tol, lepas dari insiden tu aku kena lebih berhati-hati. Tak nak perkara sama berulang. TAKOT!!