Wednesday, October 19, 2011

SAYA TAKNAK GILER

Aku sendiri pun tak tahu apa yang dh jadi dengan aku sekarang ni. Semakin hari aku dapat rasakan semakin bosan dengan seseorang. Seperti yang pernah aku alami, bila aku dh menyampah dekat orang, usahkan muka dia, suara dia pun aku tak nak dengar. Tapi sekarang ni aku terpaksa berdepan dengan semua ni. Boleh gila aku dibuatnya dengan keadaan macam ni. Mana boleh aku macam ni hari-hari, mau sakit jiwa beb!!


DI AWAN-AWANGAN


ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA…..

Apa yang korang teringin nak/ nak buat, tapi sampai sekarang masih belum dapat?
Apa yang korang teringin nak/ nak buat, tapi korang tahu yang mustahil untuk korang dapat/ buat.

Sekarang aku akan share bahagian aku dulu…
1. Aku teringin nak main 3 instrument music ni….gitar, violin dan piano.
2. Aku nak sebuah rumah kayu di tengah2 sawah padi yang menghijau. Selain tu dekat rumah tu jugak ade kebun bunga yang akan berbunga setiap hari dan aku boleh petik je bila2 masa aku nak.
3. Aku ade sebuah bakery yang menjual bermacam2 jenis roti, pastry dan kek.
4. Aku seorang puteri raja.(hak..hak..melampau kan?)
5. Aku nak berada dalam kapal titanic bersama Rose & Jack dalam cite TITANIC.
6. Aku seorang sniper. (Kelasss..kau jah!)
7. Aku salah sorang ahli Fantastic 4.
8. Aku seorang penari professional yang boleh menari dalam semua jenis tarian dalam dunia ni. Dan aku ada akademi tarian aku sendiri.
9. Aku boleh bertutur dalam bahasa korean dan spanish.
10. Aku ada sebuah pulau, di mana kat pulau tu aku akan tanam bermacam2 jenis pokok bunga dan buah-buahan dari semua spesis.

FEV SONGS


Kali nie aku nk share ngan korang semua bait2 dalam sesebuah lagu yang amat aku suka. Kiranya dalam lagu tu, ni adalah part lirik yang aku suka dengar. Kenapa? Sebab ia memberi sentimental value pada diri aku sendiri.

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satu pun dapat menyenangkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ku teringat bahawa kau juga sayang padaku
-Jatuh by Adam AF2-

Bawalah pergi cinta ku
Ajak ke mana yang kau mahu
Jadikan temanmu
Teman yang paling kau cinta
Di sini ku pun begitu
Terus cintaimu hidupku
Di dalam hatiku
Sampai waktu yang pertemukan kita nanti
-Bawalah Cintaku by Afghan-

Sometimes I run
Sometimes I hide
Sometimes I'm scared of you
But all I really want is to hold you tight
Treat you right
Be with you day and nite
Baby all i need is time
-Sometimes by B.Spears-

Sedangku membaca wajahmu
Senyuman mu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
-Terhenti Di Sini by Asfan-

Bagaimana caranya untuk meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sedari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sedarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkan mu
Cinta ini membunuhku
-Cinta ini Membunuhku by D’Masiv-

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita selamanya
-Cinta Tiada Akhirnya by Jac-

Dialah pujaan dalam mimpi
Yang sentiasa membuai hati
Tiap kali bersua
Ku hanya mampu senyum padanya
Ku terdiam
-Sekian Lama by Ct Nurhaliza-

You say you’ve got the most respect for me
But sometimes I feel you’re not deserving me
But still you’re in my heart
-Broken Hearted by Beyonce-


Monday, October 17, 2011

CHENTA DAN QASEH

Di antara cinta dan kasih..
Mengapa sering dikelirukan??

Di antara cinta dan kasih..
Mengapa perlu ada jurang yang terpisah??

Di antara cinta dan kasih..
Mengapa kita sering tidak dapat membezakan antara keduanya??

*aku pun keliru, sb aku sendiri pun tak faham..huhu

Wednesday, October 12, 2011

CORETAN BUAT SAHABAT


Buat sahabat2 ku yang tersayang…

Sesungguhnya aku gembira dapat mengenali kalian..
Banyak perkara yang kita tempuhi bersama..
Suka dan duka, pahit dan manis..
Ketawa dan air mata semuanya bercampur baur..
Saat aku memerlukan kalian..
Kalian pasti hadir untuk ku..
Walaupun masa berlalu dan kita kini berjauhan..
Aku yakin kita masih mengingati antara satu sama lain..
Dan aku juga percaya kita saling merindui akan kenangan2 bersama..
Semoga kita sentiasa menjadi teman yang terbaik..

GOOD LUCK & ALL THE BEST!!

Tuesday, October 11, 2011

10 THINGS I HATE@LIKE ABOUT U

Jangan marah ye syg..sy nk awak tau jer..huhu

1. Kalau satu hari awak diam je, ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan emosi saya.
2. Awak kurang makan, saya ni banyak makan. Kalau kita kawin, mesti awak akan membebel kat saya kalau asyik mkn kan...??
3. Awak rajin. Salah satu sebab saya suka dekat awak.
4. Saya suka bila awak panggil saya "sayang". Sweet jer rasa.
5. Saya suka bila awak marah saya, bila awak marah maknanya awak kesah dekat saya.
6. Saya tak suka bila awak busy. Sebab awak mesti lupa kat saya. Nak msg pun tak boleh. Saya bosan jadinya.

7. Saya tak suka bila awak gtau kat saya "abg demam". Saya risau awak selalu tak sihat! Dahlah payah nak makan ubat.
8. Saya tak suka bila awak membahasakan diri awak sebagai "saya". Rasa macam skema jer.
9. Saya mengagumi lelaki yang pandai masak macam awak. Sebab tak menyusahkan kaum2 wanita kat dunia ni. HAHA..
10. Saya sayang kat awak sebab awak sayang kat saya!! I LUV U SO MUCH Mohd Sabree Mohd Tahir.

SESUATU TENTANG PERPISAHAN

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA!!!

Macam mana aku dapat ilham untuk tulis tg ni..?Bermula daripada post seorang sahabat FB aku.
Katanya "perpisahan sungguh menyakitkan, namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan".

PERPISAHAN...sesungguhnya ia memang sesuatu yg menyakitkan buat kita yang bergelar manusia ini. Setiap orang pernah melalui situasi ni, samada perpisahan antara keluarga, sahabat ataupun kekasih. Aku sendiri juga pernah alami semua tu. Ada dua peristiwa yang masih segar di ingatan aku tentang perpisahan aku dan juga kawan2. 

Kali pertama sewaktu di bangku sekolah, sewaktu aku di
tingkatan 2, apabila pengetua mengumumkan bahawa kelas kami akan bertukar kepada sesi petang, tanpa disedari ada airmata aku berlinang. Kenapa? Izzati, seorang rakan yang agak rapat dengan aku sewaktu tu, dia ada memberitahu ku sekiranya kelas kami akan kembali ke sesi petang, die terpaksa bertukar sekolah atas arahan ibunya. Waktu tu aku sudah terasa akan kehilangan seorang teman yang amat aku sayangi. Tapi aku percaya, dia tak pernah tau yang aku bersedih sewaktu semua tu berlaku. 

Kedua ialah semasa aku belajar di matrikulasi perlis, setahun aku hidup bersama roomate aku, siti. Banyak perkara suka dan duka kami berkongsi bersama, aku gembira bersama teman2 sebilik aku memandangkan aku tidak mempunyai ramai kawan ketika itu. Hari terakhir kami bersama, aku menghantarnya sampai ke kereta ayah dan ibunya, dan tidak semena-mena aku terasa sebak, dan aku juga dapat melihat ada air jernih dari matanya. Dek kerana jarak antara kami yang jauh nanti, aku tau sudah pasti nanti agak sukar untuk kami bertemu lagi. Dan kini sudah empat tahun ia berlalu. Aku pasti satu masa nanti kami akan berjumpa lagi.

Jika kita terlalu sayangkan seseorang, dan atas sebab-sebab yang tertentu, dia harus pergi, relakanlah pemergian dia jika itu yang boleh membahagiakan hidupnya. Janganlah terlalu bersedih kerana kita harus percaya, kita pasti akan dapat penggantinya walaupun mereka mungkin berbeza. Yang datang tetap akan pergi, tiada yang kekal dalam dunia ini kecuali ALLAH SWT.

Monday, October 10, 2011

TENTANG AKU

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.....


Kali ni aku nak bercerita tentang aku.(rasanya aku dah pernah tulis tentang nie, ahh lantak la, blog aku suka hati aku!!)

1. Anak ke-4 daripada 5 beradik
2. AKU SUKA semuanya tentang COKLAT!!
3. Sangat suka makan. Tapi xgemuks pun.hehehe
4. Nama panggilan - mar (kwn2 sekolah, kolej & uitm jer) - kak ma (family & sanak saudara) - fiza (orang mengenali aku dari tempat keje aku sahaja) - mok teh (anak2 buah) - syg (errrrr......)
5. Dikategorikan sebagai seseorang yg agak boros berbelanja ~ nak2 time gaji la.
6. Malu - aku pun xfaham kadang2 kenapa la aku nie malu, ntah ape2 je rsa.
7. Xsusah untuk aku suka dekat orang, xkisahlah perangai die cmne sekali pun,asalkan orang tu baik/ xbuat jahat dgn aku - nobody perfect!
8. Susah untuk meluahkan kata-kata.
9. Sangat suka apa2 yang berkaitan dgn tuna or sardine
10. Suka keadaan yang sejuk.
11. Tak boleh tido dalam keadaan yang gelap gelita tanpa sebarang alur cahaya- lemas
12. Malam - HANTU adalah perkara terakhir dan mungkin xakan terlintas langsung dalam fikiran aku.Walaupun tempat tu mungkin ade hantu, biar jelah, tp jangan kacau aku.
13. Jangan bercakap dengan aku time aku marah!!
14. Bukan nak bangga....but i have a nice handwriting....org lain pun cakap cmtu OK.
15. Aku yang tak romantik.
16. Suka makan.
17. KFC-cheesy wedges McD-mCchicken PIZZA HUt - meatball bologaise.
18. Saya suka burger.
19. Kalu aku dah tak suka kat orang, sepatah perkataan keluar dari mulut die pun aku TAK SUKA dengar!!!
20. Senang nak maafkan orang, tp aku takkan lupa apa die buat kat aku.(Boleh ke cmtu...??)

Wednesday, October 5, 2011


KURNIA ~ by Mizz Nina & Noh

Dengarkanlah lagu dulu
Tinggalkanmu itu menunggu
Jangan biarkan hati
Dikunci oleh rasa benci

Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
‘Tuk merubah hatimu
*Chorus
Kurnia bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
Kurnia bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan

Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku

Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu

*Ulang Chorus
Pintaku cuma jangan pergi
Tak bisa berasingan jauh oh darimu
Bilakah oh nanti akan pergi
Berlari biarkan pergi
Buat selamanya biar kita berdua disinari
Oh mentari oh mentari