Friday, July 22, 2011

"KALAU SAYA TAKDE, AWAK PON STILL BOLEH HIDUP LAGIKAN"

rEp :

"kalau awak TAKDE. memang saya boleh HIDUP sebab awak masih ada dalam hati saya"

IT'S A FRIDAY MORNING


ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....

Hari ni Jumaat 22 Julai 2011, agak lewat sikit aku masuk keje hari ni, kalau ikutkan hati nak je aku cuti hari ni sebab kepala dah berat, selsema dah datang balik. Aku baru je OK lepas demam and selsema baru-baru ni, suara aku pun baru je kembali macam asal, tapi sejak semalam dah teruk balik. What happened to me???!! Tapi memandangkan ade function tengahari nanti pastu pulak ofismate aku xmasuk keje arini, jadi terpaksa aku datang. Kalau aku tak datang, takot nanti kalau ade problem ape-ape dengan organizer tu, nanti sedap la mulut department lain nak salahkan department aku. What the kambem!!

Jika mengikut perancangan, aku kena bertolak ke KL pada 25hb ni sebab kena attend event kat sana dan dijangka pulang pada 29hb atau 30hb. Lama siot.....Tapi aku harap sangat tak jadi pergi sebab aku MALAS!! Kalau dilihat pada tentatif event tu, macam seronok jugak, tapi.................leceh. OMG!! Berita yang baru aku terima dari ofismate aku...................dia nak cuti esok, so aku kena keje la esok, terpaksa tunda dulu off day aku.

Another info yang aku dapat,Big boss nak turun ke???DISASTER!!!! Alamak makin demam aku rasa!!! Tiba-tiba rasa sejuk yang melampau walaupun aku dah pakai 3 helai baju, xpernah2 pakai berlapis-lapis camni. Relax Mar....relaxxxxxxx..........Tapi di sebalik urusan dan situasi pekerjaan aku seharian, aku sekarang sedang berdepan dengan masalah peribadi yang aku sendiri tak tahu macam mana nak buat. Apa yang aku boleh buat cuma CUBA dan terus CUBA..........

Mungkin betol kata seorang sahabat aku, aku jatuh sakit cmni sebab rindukan seseorang yang sedang membenci aku. Dua minggu lepas pun aku macam ni, sehari lepas si dia terjauh hati dengan aku, aku demam terus..............Tapi kali ni lebih teruk. Aku kena kuat!! Tapi hakikatnya dalam jiwa aku sekarang ni lemah dan kosong. Ada tak pari-pari yang boleh muncul dan tolong pulihkan keadaan ni.....................????Kadang-kadang, aku rasa macam give up, tapi aku bukan jenis yang cepat mengalah dalam perhubungan.


SETIA KU DI SINI by Ziana Zain

Ku terasa kesyahduan
menyelimut malam ku sepi
kumenanti kepulangan mu
kau janji-janjikan suatu masa dulu

Hanya kau kasih kau ku kasihi
kata-kata yang dilafazkan
mengikat jiwa dan cinta
hingga tak termimpi pengganti yang lain

Biar ku dicengkam gelisah
dibuai rindu yang mendalam
resah mendamba belaian mu
yang teramat ku dahaga

Kumasih lagi setia
biar pun takdir mencabar kita terpisah
ku masih lagi di sini
berpegang teguh kalimah cinta

Kubisikkan dalam tangisan
yang gugur berderai ke bumi
menjadi bingkisanku yang akhir
untuk bekalan jalanmu
mencari mahkota menghiasi pelamin kita

Wednesday, July 20, 2011

1 MALAM YANG PENUH CERITA

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Dah petang2 camni sepatutnya aku dh balik rumha, tapi belum rasa nak balik lagi, sambil mendengar lagu "Beribu Sesalan by Ning, Jac dan Shila" yang ntah kali keberapa aku pasang sejak dari pagi tadi. Mesti korang ingat aku cam suka sangat lagu ni kan? Sebenarnya xde la suka sangat tapi melodi die best jugak. Sambil online facebook, aku cuba mencari idea untuk aku karangkan dalam blog aku ni sementara tengah rajin nak menaip ni.

Dua malam lepas, ade la satu couple mat salleh ni, dorang nak pergi tengok firefly aka kunang2 aka kelip2 dekat kemaman. Memandangkan mat salleh ni nk pergi sendiri and tak nak amik package yang kami buat sebab die kena bayar lebih kalau die nak pergi berdua jer. Couple ni nak ajak budak reception sebagai tour guide dorang, si budak reception ni pulak pun tak tau kat mana lokasi sebenar tempat kelip2 tu.

Dipendekkan cerita, ofismate aku ajak la aku ikut skali pergi kat tempat tu sebab nanti senang nak cerita dekat guest kalau dorg tanya pasal kelip2 tu. Kitorang plan nak bertolak pukul 6 petang dan biar mat salleh tu follow kitaorang dari belakang dengan kereta sewa die. Aku ingatkan dah tak jadi, aku dapat call dari budak reception tu dia kata jadi dan nak bertolak pukul 7 malam.

Janji dengan En Ghani (penjaga tempat kelip2) pukul 8 malam kami akan sampai kat sana, tapi agak lambat jugak kami sampai sebab ofismate aku xleh bawak laju sebab mat salleh tu punyalah bawak slow kereta dia. Dalam 8.30 malam kami sampai kat Kg Yak Yah. Masa aku turun je dari van, aku dah nampak kelip2 penuh dekat pokok2 kat situ. Memang cantik sangat!! First time aku dapat tengok suasana camtu. Indahnya ciptaan ALLAH SWT. Aku layan jugak la time tu, rasa syok je, tambah2 pulak dengan jiwa aku yang tengah berkecamuk.

Memandangkan aku tolong promote tempat tu untuk En Ghani, so dia bagi free je untuk aku dan staf2 yang turut ikut sama dalam trip tu. Memang best giler r En Ghani tu. Kami naik boat kecil yang boleh memuatkan 10-12 orang, menyusuri sungai Chukai sambil melihat kelip2 yang hinggap di pohon2 sepanjang sungai tu. Dalam 30 minit jugak la kitorang dalam bot tu.Lepas tengok kelip2 tu, En Ghani ajak kitaorang pergi ke suatu kawasan yang terpaksa dirahsiakan di sini, untuk tengok penyu naik dari laut dan bertelur.


Masa kami sampai kat situ, tempat tu memang crowded dengan pelancong asing, dari percakapan dorang, aku rasa mungkin mereka dari Jerman. Tapi entahlah aku sendiri pun tak pasti. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya kami dibawa ke pantai, ada info yang ade beberapa penyu dan naik untuk bertelur. Kami berjalan kaki meyusuri pantai tu, aku tak tau jauh mana kami berjalan, dalam keadaan gelap pastu jalan pulak atas pasir pantai, penat gilerrr. Sempat la tengok penyu tu bertelur dari dekat dan lepaskan anak2 penyu tu ke pantai. Tapi aku tak buat pun, sebab aku geli siott nak pegang.

Hampir dua jam jugak kami kat situ, penatnya tuhan saja yang tahu, dengan perut lagi yang lapar, aku memang dah tak sanggup nak jalan lagi. Tapi terpaksa jugak sebab nak balik. Akhirnya aku gagahi jua untuk terus berjalan. Sampai je dekat van, ofismate aku terus pecut van dan cari kedai untuk beli air sebab masing2 dah kering. Masa dalam perjalanan balik, kami singgah makan dulu, isi perut yang tengah berkeroncong. Masa kat kedai tu ada pulak insiden yang kelakar berlaku.

Part 1
Ofismate : kerang ade x?
Pelayan A : ade..
Ofismate : bagila untuk dua orang makan.
Pelayan A : siakap ke kerapu?
Kami : ???????????

Part 2
Ofismate : cendawan goreng ade?
Pelayan B : ade..kejap saya tanya kat dapur
Ofismate : ok
Pelayan B : xdelah bang, udang ada la...
Kami : kenapa die suggest udang??apa kaitan cendawan dengan udang??

-pelik betol pekerja kat kedai tu-

p/s : aku sampai kat rumah pukul 2.15 pagi...mandi and terus tidur. Nasib la keesokkannya aku tak keje, kalau tak................................@#*&

KESILAPANKU KEEGOANMU

I ADMIT MY MISTAKES
&
I'M SORRY..

Tapi xpela kalau awak xboleh maafkan saya lagi........
TQ

Monday, July 18, 2011

IT'S ALL ABOUT LUV

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Kali ni aku bercakap tentang cinta dan kasih sayang. Ni dari my point of view.

Ada macam-macam situasi percintaan. Perit bila ada ketikanya cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan. Sepenuh hati kita mencintainya tapi tidak pada dia. Kalau orang dah tak nak nak buat macam mana kan, terpaksa la terima hakikat. Tapi ia boleh jadi sesuatu yang membinasakan bila seseorang itu tidak dapat menerima hakikat situasi begitu hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya.

Ada jugak cinta yang berbalas tapi oleh kerana beberapa faktor, mereka terpaksa berpisah. Samada kerana masalah yang timbul dari keluarga masing-masing, darjat dan keturunan, ketidaksediaan dalam memberi komitmen dalam perhubungan, menyedari bahawa setelah sekian lama bersama sebenarnya mereka tidak serasi untuk hidup bersama sebagai suami isteri dan sebagainya.

Cinta terlarang pun biasa jugak terjadi. Antara ibu/ayah tiri dengan anak tiri, bapa/ibu saudara dengan anak saudara ataupun si isteri dengan suami orang....NAUZUBILLAH....akibat terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu hingga terlupa hukum Allah swt.

Saat yang paling menyakitkan adalah bila kita begitu menyayangi seseorang dan dia mendustai cinta yang telah kita berikan. Terasa bagaikan taufan datang melanda. Bila kita ingin melepaskan diri dari belenggu cinta itu, kita dipersalahkan atas apa yang telah berlaku. wht de fish..
Aku sendiri pernah merasa manis dan pahitnya cinta itu. Tapi aku tidak akan pernah putus asa. Kerana cinta itu sentiasa ada. Kita cuma perlu sabar, yakin dan percaya.

Janganlah ditangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.


MASA

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Hari ni dah 18hb Julai 2011, kurang dua minggu lagi umat islam dah nak start puasa. Cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dan nak sampai hujung tahun. Kadang2 terasa masa yang dh berlalu tu sia2 je tanpa buat sesuatu yang memberi makna dalam hidup. Betapa mudahnya manusia alpa dalam kehidupan. Bila semuanya akan berakhir barulah timbul kesesalan. Masa tu mungkin semuanya dah terlambat dan tak akan dapat dikembalikan lagi.

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.....
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Monday, July 4, 2011

DI ANTARA

Apa yang akan korang buat di saat korang rasa korang xpatut buat sesuatu bende sedangkan pada ketika itu,itu lah keputusan terbaik yang korang rasa patut buat..hingga saat ini kadang-kadang aku rasa dan masih lagi terfikir samada tindakan aku betul atau tidak. Dalam hati aku bagaikan terbelah dua, sebelah meyakinkan aku bahawa aku dah buat yang terbaik, tapi sebelah lagi seolah2 mencemuh aku kerana keputusan yang aku buat..
Ya allah hanya kau yang MAHA MENGETAHUI.....
Jika keputusan ku ini bakal membawa musibah kepada diriku ini...aku redha...