Thursday, August 18, 2011

RAYER WES..

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA!!!


Hari ni dah masuk hari ke 21 umat islam kat Malaysia ni berpuasa. Tinggal lebih kurang 9 hari je lagi nak raya, ramailah dah start buat kuih raya, kemas rumah, beli pakaian untuk hari raya, buat rambut untuk raya dan macam2 lagila. Lagu raya pun dah start berkumandang kat corong2 radio dan tv. Tahun ni dah masuk dua tahun aku tak buat persediaan awal untuk baju raya. Biasanya sebelum puasa lagi aku ngan mak mesti dah tempah baju siap2. Kadang2 sebelum puasa baju kami dah ready. Tapi disebabkan kebelakangan ni aku ngan mak selalu je buat baju kurung baru, jadi kitorang masih ada baju yang belum dipakai. Sebab tu la tak kisah sangat nak cari baju untuk pakai raya.

Bila dah keje ni, aku kena la hulur2 sikit untuk beli ape2 yang patut for raya mcm beli kuih, barang2 makanan, duit raya (utk ank2 buah aku jer...huhu), dan baju utk ank buah aku. Apa makanan yang korang paling tgu time raye?? Kalau aku pulak, juadah yang paling aku prefer time raya ni semestinya ketupat nasi + rendang + kuah kacang + sayur lodeh. Kalau time raya dekat umah tok kt johor dulu, memang makan jela keje aku. Lauk pulak banyak, macam2 ado..... Tapi kat rumah, kami masak ketupat yang segera tu je. So macam xori sangat la.Xde rase dan aroma daun tu.

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA……

Umat islam kat Malaysia ni dah start puasa dari semalam lg iaitu 1 ogos 2011. Dan Alhamdulillah aku jugak dapat menyempurnakan ibadah puasa aku tanpa sebarang masalah. Tapi biasalah kalau dah first day tu, agak terasa sikit kelainannya. Pagi tu aku bangun dengan penuh rasa kelenguhan pada seluruh badan aku. Mana tidaknya, sehari sebelum tu badan aku ni xde rehat langsung. 

Masa kat tempat kerja of course la banyak kerja yang perlu di settlekan sebelum bos aku datang. Memang tak duduk diam, kejap ke sana, kejap ke sini. Punyalah tak sedar sampai dah nak masuk maghrib masa tu. Tengok je hp ada mesej dan missed call dari mak aku. Dia suruh aku balik cepat sebab taknak tertinggal terawih malam pertama. Tengok je jam dah 7.20 malam, aku pun cepat2 la balik, hidup je moto apa lagi teruslah pecut. Sampai kat umah jam 7.30 malam. Pas mandi, solat maghrib aku pun ikut mak dan ayah aku ke surau yang tak jauh pun dari rumah kami.
Sampai je kat surau, baru ada beberapa orang makcik yang duduk bersembang, belum ramai lagi yang sampai. Dah jadi habit aku suka bentangkan sejadah tiap kali ke surau, tambahan pula kebiasaannya aku dan mak adalah antara yang awal sampai ke surau. 

Mak, individu yang selalu nak cepat ( kalau jam baru pukul 5.30, bagi dia tu dah jam 6.00). Selesai je solat terawih dalam jam 9.40 malam, lepas tu aku kena tunggu pulak mak ngan ayah habis tadarus quran sampai la pukul 11.30 malam baru sampai kat rumah.Masuk je bilik aku terus membaringkan diri aku yang keletihan tu tanpa tukar baju pun dan terlena lebih kurang sejam lepas tu aku bangun balik sebab terjaga dengan mesej ucapan ramadhan yang masuk dari hp aku (sori kawan2 yang anta mesej tu, bukan aku tak nak reply, tp xde kredit ler..)Bila terjaga je, aku rasa dahaga dan lapar, relakan jela bangun dan pergi masak nasi goreng untuk mengalas perut. 

Keesokkan harinya, agak susah jugak la aku nak bangun tido dek kerana badan yang sakit2 dan mengantuk, sampai je kat tempat kerja, rasa macam berada kat abandoned resort jer, suasana sangat sunyi dan tak nampak pun kelibat manusia. Guest memang takde kalu time cmni, staff pulak ada sesetengahnya akan masuk shif petang je. Bila dan sampai ke petang baru lah dengar cam meriah sikit dengan suara2 staf yang sibuk duk menghias kawasan restoren sempena bulan puasa ni, maklumlah bos nak datang nanti, so assignment yang die bagi tu kena la siap kan, kalau tak pot pet pot pet.

~Kepada semua sahabat2, selamat menyambut Ramadhan al-mubarak dan semoga kita sabar dalam menjalani ibadahNYA ini…AMIN~

p/s: pada awk yang saya sayangi dan sentiasa berada dalam hati ini sejak hari pertama saya menerima awak, saya ucapkan “SELAMAT BERPUASA” dan saya harap awak sihat dan OK2 je.