Monday, January 31, 2011

DETIK INI

Assalammualaikum semua & selamat pagi!!!

Hari ni dh 31hb Januari 2011, dalam xsedar dah nak masuk bulan Februari dah pun. Tahun ni jugak umur aku dah menjangkau 23 tahun....(huhuhu rase mcm dh tua je). Dan dah hampir 10 bulan jugak aku keje kat tempat yang aku keje skrg ni. Visi aku, aku akan keje sini sampai la aku dapat keje lain yang lebih OK dan cuba untuk bertahan kat sini dalam jangka masa yang paling singkat iaitu 2 tahun. Sebab yang penting sekarang ni pengalaman.

Khamis ni 3 & 4 hb Februari cuti CNY. Tapi aku macam biasa la.....KEJE...No exception!!
Tension pun ade kekadang,susah la..nak kuar susah, nak dating pun susah.huhuhu....Kalu tak, boleh pegi jogging dgn si dia..hahaha walaupun aku tak jogging. Salah satu cara untuk meluangkan mase bersama..kwang2..

Saat aku tgh berblog ni, aku tgh keje sebenarnya. Nak buat report sales calls tapi malas pulak sebab not in mood nak buat keje. Sambil mendengar keletah rakan2 sekerja aku yang dari tadi entah ape2 je dorg bualkan, dan sesekali riuh dengan ketawa dorg sikit sebanyak memecahkan kesunyian dalam pejabat yang membosankan ni dengan ragam masing2.

Sunday, January 30, 2011

BLOGGER ~UNTUK KITE JE

NAMA BLOG ANDAM-16

KENAPA MENGGUNAKAN NAMA INIDulu guna name QUEEN OF MY HEART pastu tukar guna name skrg, sebab suka2 jer..M-MARCH 16-HB bufday

MOTIF BER-BLOG...
Sebab TERRRbuatnye blog ni sebab lecturer yang suruh buat, katanya sebagai assignment untuk subjek RETAILING. Cam xde kena mengena pun kan..

BLOG PERTAMA YANG ANDA FOLLOW,KENAPA?
Tak ingat la..rasenye blog kawan2 aku jugak. Tapi lupa daaaaaaa..

TARIKH MENCIPTA BLOG...
Sekitar OCTOBER 2008..
ENTRY PERTAMA ANDA....Xde tajuk...cuma aku gtau ttg bagaimana terciptanya blog aku tu..

BLOG YANG ANDA MEMANG SELALU UPDATE?
Ade satu je blog, kalu ade mood nak melalut baru la aku update.
DESIGN BLOG ANDA?Buat mase ni....guna gambar pokok..kalu dh boring tukar le background.
Besa2 je..

ISU UTAMA DALAM BLOG ANDA....
Anything......x terlalu fokus pd satu perkara sahaja.
KALAU ORANG KATA.... wAH, CANTIKNYA BLOG, KAMU....??Entah...sb tak pernah pun org ckp cmtu...hahahaha

PERNAH BERJUMPA DENGAN MANA2 BLOGGER?
Blogger? Kalu yg active...ngan IMAN ZACHOS je ;p

TERASA ADDICTED DENGAN BLOGGER? BERAPA KERAP MEMBUAT ENTRY??
Xde sgt la.....time terlalu boring or ade mood baru buat entry.

PERNAH COPY IDEA BLOGGER LAIN TAK? APA IDEANYA?
Pernah plan nak buat..........tapi xbuat pun sb....

LASTLY, SEANDAINYA BLOG ANDA KELUAR TV, ANDA AKAN.....???
First reaction-menjerit dulu........."WAAAAAAA BLOG AKU KUAR TV!!!

Saturday, January 22, 2011

MASAK-MASAK


Wajibkah untuk setiap makhluk ALLAH yang bergelar manusia, terutamanya WANITA atau PEREMPUAN untuk pandai memasak?

Bagi aku cukuplah kalau seseorang wanita itu tahu memasak dan apa yang dimasaknya boleh la makan daripada kebuluran atau menghabiskan duit dengan makan atau beli dari kedai. Tiap kali kalau ada yang tanya aku samada aku pandai masak atau tidak, aku sekadar menjawab, "boleh la sikit-sikit daripada tak pandai langsung". Aku ni dikategorikan jenis yang suka memasak jugak lah kalau kat rumah tu. Tiap kali cuti, aku lebih suka tolong masak untuk family aku, so mak bolehlah rehat daripada masuk dapur untuk hari tu. Kebanyakkan masakan yang aku masak kebiasaannya makanan yang aku sendiri suka makan.

Aku pernah cuba masak nasi ayam sendiri dengan guide melalui sms daripada seorang teman aku, hasilnya.................hahahahaha...aku sendiri pun tak tahu apa yang aku masak. Yang aku ingat, abang aku tegur aku "nasi ayam apa cmni...??"..hahaha..makan jelah. Lauk yang aku paling malas nak belajar ialah kari or gulai. Kenapa? Sebab aku tak suka lauk tu. Kalau aku makan pun sebab dah memang xde lauk lain time tu or sebab dah lapar giler. Kebanyakkan ketikanya aku suka masak lauk paprik ayam sebab family aku suka makan kecuali mak yang lebih suka lauk ala-ala kampung.

Aku secara jujurnya suka pada lelaki yang tahu sedikit sebanyak memasak terutama bila memasak tu bukannya karier mereka (bila mereka tu bukannya tukang masak/chef). Pada lelaki bujang yang hidup sendiri, memasak tu boleh mengurangkan perbelanjaan mereka secara tak langsung.

Thursday, January 13, 2011

Kenapa?
Kalau dh tak suka, tak puas hati, marah ke atau ape2 jela...
Cakap...jangan diam cmni tak cakap pe2...

Wednesday, January 12, 2011

I feel something in my heart. It's like a little flame. Everytime I think of you, there is a spark and this flame lights up!
There's always going to be people that hurt you..so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around

ANGGAPANMU

Aku ingin sekali mengatakannya
Tapi bagaimana untuk aku katakan?
Dan aku sendiri masih tidak begitu pasti
Aku takut ia akan menghancurkan jiwa-jiwa ini
Tapi bagaimana pula jika waktu itu sudah terlambat untuk aku katakan?

Sunday, January 9, 2011

SITUASI (bukan bunkface)

Didalam sebuah bilik, kelihatan 4 orang manusia yang sedang sibuk melakukan aktiviti masing-masing.
Manusia 1: Sedang sibuk menilik telefon bimbitnya sambil mengunyah sesuatu di dalam mulutnya.
Manusia 2: Sedang menaip sesuatu di dalam komputer sambil menggoyangkan kaki.
Manusia 3: Sedang duduk berehat sambil termenung melihat buku log.
Manusia 4: Sedang mundar mandir di dalam bilik tersebut.

Apa yang membuatkan mereka mempunyai persamaan ketika itu ialah......mereka sebenarnya sedang mencari sesuatu untuk dijadikan bahan untuk mengisi masa lapang mereka.

Selepas 5 minit berlalu..
Manusia 1: Sedang bergayut di telefon sambil bermain-main dengan pen.
Manusia 2: Masih lagi sedang menaip sesuatu.
Manusia 3: Sedang meneliti kalendar.
Manusia 4: Sedang menilik sesuatu di dalam komputer.

Friday, January 7, 2011

DRACULA VS AHLI SIHIR

Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir. Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan” kata ahli sihir. “Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke “benda” bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?” tanya ahli sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH heh…heh…heh…”. Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.
Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. “Saya akan memberi satu lagi peluang” kata ahli sihir. “Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?”. Dengan sipu2 Dracula ini menjawab “Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!”.

Ahli sihir fikir sekejap dan kata
“Kalau itu yg awak mahu” dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK. Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. “Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat” kata ahli sihir “Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.

So,apa dia kali ini?” Tanya ahli sihir. Dracula yg masih degil ini menjawab, “ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH…heh.. heh.. heh..”. “No problem” kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee…

CARA UNTUK MENGELAK DARIPADA DIROMPAK


1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.
2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second      hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.
3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.
4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.
5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)

Wednesday, January 5, 2011

KENAPA JANGAN?

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (susah)
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
"(Surah Al-Ahzab:71)