Tuesday, April 23, 2013

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Hari ni aku nak review sikit pasal blog aku ni. Aku start blogging pada tahun 2008. And sekarang dah masuk tahun ke 6 blog ni wujud.Buat pun sebab ia salah satu daripada assignment mase aku part 3 kalau tak silap. Mostly kandungan blog ni lebih kepada hal personal aku dan tak terikat pada satu perkara saja.Random.Apa yang datang idea aku aku blogging la.

Jika dilihat, tahun 2011 adalah tahun yang paling banyak aku update blog setakat inilah. Sebab tahun tu terlalu banyak sangat yang aku nak luahkan kat sini, tahun yang ada putih dan ada hitamnya. Aku blogging ni kadang-kadang ikut mood jugak. Macam hari ni. Lepas tu berminggu-minggu la pulak aku tak update.HEHEHE.


Monday, April 22, 2013

MATA RABAK

Hookeyy... pagi ni aku kena masuk kerja shift 7.00 pagi...sampai ofis thumb print jam 7.06. (oppss lambat lagi). Nak buat cmne, memang spesis susah bangun pagi. Masuk ofis macam biasa update apa yang patut duk bersenang lenang jela memandangkan hari ni macam tak busy mane pun.Dan ditambah pulak aku tersangat-sangat sangatlah MENGANTUK. Mane tak nye, gatal sangat pukul 1.30pagi baru nak tido dahlah semalam pun aku kerja pagi jugak, kalau nak diikutkan macam letih je badan, tapi sebab semangat untuk menonton tu ada, so aku stay je untuk tengok tv. Last aku tengok cite "Aku, Dia dan Kamu" dalam jam 11.30 malam, plan lepas abis cerita tu aku nak masuk bilik. Tapi tangan ni gatal pulak nak tekan channel lain. Tekan punya tekan sampai la NTV7, tengok tajuk cam menarik "Amityville Horror". HuHuHu...Tengok tajuk cam menyeramkan, aku memang suka bab-bab cite camni. Baca sinopsis cite tu so aku pun tengok jela sorang-sorang. 

Kisahnya tentang sebuah keluarga yang baru berpindah ke sebuah rumah besar di kawasan luar bandar. Rumah memang bapak la punyer besar, rumah kayu inggeris model lama di Long Island. Hari pertama pindah masuk dah start la "usikan" die. Then macam-macamlah kejadian pelik yang berlaku. Rupa-rupanya rumah yang mereka duduk tu, pernah didiami oleh sebuah keluarga dan seluruh ahli keluarga tu mati dibunuh oleh ahli keluarga mereka sendiri.So si isteri ni siasatla kenapa semua tu berlaku, siasat punya siasat maka terbongkarlah satu rahsia. Zaman dahulu kala sebelum rumah tu dibina, ade sorang lelaki yang dah menjadikan tapak tempat tu sebagai tempat menyeksa dan membunuh manusia lain. So memang berhantulah kan.HUHUHU...lepas tu si pembunuh tu kelar sendiri tengkuknye supaya roh dia boleh kekal di situ..katanya...So, si isteri nak selamatkan seluruh keluarga dia dari jadi mangsa yang sama macam keluarga yang sebelum ni pernah tinggal kat situ. Then semua selamat bila mereka berjaya keluar dari rumah puaka tu.THE END.

Lepas tu, pagi ni tetiba aku google lah pasal "Amityville Horror" ni, rupa-rupanya ni kisah benar. Sejauh mana kebenarannya, aku pun tak pasti. Alah cite mat salleh. Biasalah.Sini ade link die kalu ade yang nak tau http://www.amityvillemurders.com/


"Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Sunday, April 14, 2013

SEANDAINYA...

Seandainya antara kita akan terpisah kelak, yakinilah bahawa Allah telah menentukan yang terbaik buat kita berdua.
 Teruskanlah hidup kamu walaupun tanpa kehadiran saya di sisi. Meski berat, namun kita harus menerima ketentuan qada' dan qadar Allah buat kita berdua.

Jauh disudut hati, saya sentiasa inginkan yang terbaik buat kita berdua. Meski kita berbeza, namun perbezaan itu melengkapkan kita bila kita berdampingan. 
Saya bersyukur kerana mengenali awak dan sudi menerima saya sebagai sebahagian daripada hidup awak.

Terima kasih Sayang.


Monday, April 8, 2013

BGRC APRIL 13'

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...


Eh kejap nye dah April dah. Sebenarnya start dari cuti sekolah tempoh hari sampai la 4hb yang lalu aku terlampau busy sangat kerja. Al-maklumlah kerja dalam bidang hotel. Macam tulah kehidupannye. Takde can nak cuti time orang lain cuti. Sebulan sebelum tu, kawan-kawan UiTM aku dulu dan sepakat nak pegi holiday sesama. Tak ajak ramai-ramai pun, juz beberapa orang je. So first planning nak pegi Genting, tapi bila fikir-fikir macam jauh sangat dan ditambah pulak dengan ktorang ni semua perempuan. So tukar plan ke Bukit Gambang Resort City. Lagipun masing-masing belum pernah pergi sana lagi. So 7 orang yang bagi persetujuan di awalnye tapi hanya 5 orang je yang dapat pegi.Dengan bajet seorang lebih kurang RM 200.00 je untuk dua hari, so kira ok lah.

Bertolak dari Dungun jam 11.30 pagi pastu sampai sana lebih kurang jam 2.30 petang, dan tepat jam 3.00 petang ktorang check-in. Duk rehat-rehat kejap, pastu masing-masing cam mati akal tak tau nak buat ape petang tu. So ktorang decide turun ke Kuantan. Sampai Kuantan lebih kurang jam 6.30 petang, masing-masing dah kebulur, so pegi makan dulu, makan je dah kat dua jam menunggu dan lepak-lepak sambil makan. Memandangkan masing-masing dah mengantuk so kitorg bertolak balik ke resort. Sampai resort dalam 10 malam. Boleh pulak sambung main funfair, orang dah start nak balik, kitorg pulak baru nak main.HAHAHA...mula-mula aku pun cam malas nak main, tapi bile fikir yang cam best jugak kalu main, aku pun try mempengaruhi kawan0kawan aku yang lain, akhirnya dorang pun nak join jugak.hehehe.

First game ok lagi...masuk second games, terus surrender semua! Mana tak nya, macam giler main game tu. Rase macam kalu lepas je tangan boleh mati kot. Turun je semua pening, siap muntah bagai. Tapi yang pelik semua gelak tak henti. Memang pening giler tak payah nak kata lah. Keesokkanya, lepas breakfast, ktorg gatal sangat nak cuba outdoor games. So mainlah flyin fox, pun sorang lagi muntah sebab katanya jatuh dekat tangga masa nak turun, aku tak sempat tengok sebab jadi orang yang last turun.Dah berpanas, tibalah masa yang ktorang tunggu. Taman tema air!!! Tengah panas-panas memang syok giler kot dapat berendam.Hampir semua ktorg main, tapi ade satu je yang tak main.Orang lain sewa pelampung double untuk 2 atau 3 orang naik, aku siap 5 orang naik, siap life guard pulak yang tanya "Boleh ke naik 5 orang?"............kenapa dia tanya camtu?tak pernah ade orang naik sampai 5 orang ke?Rasanya lagi imbang bila naik ramai, dan susah nak terbalik.