Saturday, April 19, 2014

HYE.HYE.HYE 2014

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Wah dah lama giler tak update blog ni. Last update dec last last year. Maklumlah haritu busy dengan persiapan wedding. Ok 2014 ialah tahun yang aku tunggu-tunggu. Sekarang saya sudah bergelar sorang ISTERI. Tiada yang lebih indah iaitu dapat bersama dengan orang yang kita sayang dan benar-benar mahu menjaga kita hingga ke syurga. Insyaallah..

Ok. Kami nikah pada 01 Feb 2014. So dah hampir 3 bulan pun kawen. Kehidupan lepas kawen, tak banyak berubah sangat, sebab masih lagi tinggal dengan family ktorang, so tak rasa cara hidup berdikari sebagai sepasang suami isteri. Niat memang lah nak duduk sendiri, tapi belum ada rezeki lagi la nk dapat rumah sendiri. Punyalah susah nak dapat rumah sewa kat sini. Semua suka nak bagi sewa dekat student je, kalau ada untuk family pun, sewa pulak tinggi la sangat tak mampu. Bukan nak rumah besar pun, cukuplah untuk duduk dua orang buat masa ni.

Kami punya wedding simple jer, yela buat majlis semua pakai duit. Duit sendiri pulak tu, family tambah la sikit-sikit. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, walaupun ada yang last minit.