Friday, December 31, 2010

SAYA BUDAK SEKOLAH

Teringat ketika aku masih di bangku sekolah rendah. Bila usia aku 6 tahun, ayah masukkan aku ke darjah satu di sekolah tempat ayah bertugas ketika itu tanpa menghantar aku ke tadika seperti kanak-kanak yang lain yang seusia aku. Kata ayah senang, sebab aku boleh pergi dan balik dengan ayah dan senang untuk ayah mengambil tahu hal aku.Bila sampai tiap kali waktu rehat, aku akan pergi mencari ayah di pejabatnya atau di kantin untuk makan. Jadi aku tak payahla nak beratur untuk membeli makanan di kantin. Tapi yang paling aku tidak suka ialah bila tiba waktu pulang ke rumah, sebab aku terpaksa tunggu ayah yang selalu abis kerja lambat kerana urusannya yang masih belum selesai. Kadangkala sampai tertidur aku dibuatnya. Keadaaan itu berterusan sehingga aku masuk darjah enam. Sewaktu di sekolah aku bukanlah kategori pelajar pandai, tapi bolehlah dikatakan mempunyai rekod akademik yang baik. 

Aku jugak pernah naik dan turun kelas. Mata pelajaran yang sememangnya menjadi kelemahan aku ialah matematik. Tapi Alhamdulillah sewaktu UPSR aku berjaya mendapat A ketika itu. Aku masih ingat ketika aku pergi berebut2 dengan pelajar lain untuk melihat keputusan kami yang ditampal di papan kenyataan sekolah, aku rasakan seperti tidak percaya bahawa aku mendapat 4A untuk peperiksaan tersebut. Dan aku sedar ada titisan jernih yang tumpah dari kelopak mata aku.
Dengan keputusan UPSR itu, aku ditawarkan untuk masuk ke kelas aliran arab di SMKTIZ. Aku juga ada menerima tawaran dari sekolah berasrama yang lain, tapi mak tidak berani untuk menghantar aku pergi belajar jauh dari mereka. Kata mak, biarlah aku bersekolah di kampung sendiri sahaja. Semasa di tingkatan 1, ayah masih lagi menjadi orang yang mengambil dan menghantar aku ke sekolah setiap hari memandangkan ayah telah bersara ketika itu. Tetapi naik sahaja tingkatan dua, ayah belikan aku basikal untuk aku pergi dan balik sekolah sendiri memandangkan jarak rumah dan sekolah tidaklah jauh. Aku tidak berseorangan, sebaliknya aku bersama dua orang lagi sahabat sekelas ku iaitu Syarina dan Juwani pergi dan balik sekolah dengan basikal. Dan keadaan tu berterusan sehingga aku tingkatan lima. Cuma pada waktu itu Faizan, Yuhaniz dan arwah Suhaira yang menemani aku berbasikal ke sekolah. Seronok bila dikenang kembali saat aku berbasikal ke sekolah. Berhujan, berpanas, terbabas dalam semak, tergelincir di tepi jalan raya dan nyaris dilanggar kereta semua tu dah aku lalui. 

Kalau aku tak lalui semua tu, aku takkan tau kepayahan budak-budak lain yang tak de kenderaan untuk ke sekolah walaupun sebuah basikal dan terpaksa berjalan kaki berkilometer jauhnya jarak rumah mereka dan sekolah setiap hari demi mencari ilmu.

Thursday, December 30, 2010

PESAN HAWA BUAT ADAM

ADAMKU…
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar maka benarlah aku.
Jika kau lalai maka lalailah aku.
Wahai Adam, kau punya kelebihan akal.
Manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu 9 nafsumu 1
Akalku 1 nafsu ku 9
Oleh itu Adam..pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa.
Sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

ADAMKU…
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akan aku aminkan setiap doamu agar kekal luas syurga ku.
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu agar nanti diberkati ya rabbi.
Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama.
Ajarilah aku yassin dan memahami al-quran.
Kau ajaklah aku mengalunkan jantung kitabullah di malam jumaat yang penuh barakah.
Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu.
Bimbinglah aku dengan amar makruf nahi mungkar.

ADAMKU…
Ajarilah aku menjadi isterimu yang solehah.
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.
Selimutkanlah aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan allah.
Ingatkanlah aku supaya hormat, tunduk dan patuh pada setiap waktu.
Tolonglah aku Adam.
Agar aku tidak beku.
Bantulah aku agar otakku tidak buntu.
Selamatkanlah aku dari seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung.
Pimpinlah aku menuju nur al-jannah.
Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah.
Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.
Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyahumairah rasulullah.
Setulus hati dan kasih laksana siti Khadijah.
Sezuhud dan sepatuh Rabia’tul Adawiyah.
Sekuat iman umpama taatnya Sumaiyyah.
Seikhlas dan semurni hati Halimatus Sa’adiah
Dan seteguh dan segagah Nailah Al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela khalifah allah.

SEINDAH HIASAN TERINDAH ADALAH HIDUPMU ADAMKU…

Wednesday, December 29, 2010

KENAPA MATAHARI?

Seorang wanita bertanya pada seorang jejaka tentang cinta dan harapan.

Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan jejaka berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa jejaka ingin jadi matahari, bukan kupu kupu atau kumbang yang bisa terus menemani bunga.
Wanita berkata ingin menjadi rembulan dan jejaka berkata ingin tetap menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan tidak bisa bertemu, tetapi jejaka ingin tetap jadi matahari.
Wanita berkata ingin menjadi burung yang bisa terbang ke langit jauh di atas matahari dan jejaka berkata ia akan selalu menjadi matahari.
Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah berubahtiga kali namun jejaka tetap keras kepala ingin jadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa jejaka tetap menjadi matahari.

Jejaka merenung sendiri dan menatap matahari....

SEBENARNYA….

Saat wanita jadi bunga, jejaka ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarnya untuk bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan pada akhirnya kupu kupu yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa mengharapkan kembali.

Saat wanita jadi bulan, jejaka tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat kepada matahari. Matahari rela memberikan cahaya nya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak bisa menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaan nya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut. Ini disebut dengan Pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.

Saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari, jejaka tetap selalu jadi matahari agar burung bebas untuk pergi bila pun ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung Matahari selalu ada untuk burung bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang dapat masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut dengan Kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan mahu memaafkan.

Oleh sebab itu jejaka tidak pernah menyesal menjadi matahari bagi wanita.

Tuesday, December 28, 2010

1000 BURUNG KERTAS

Sewaktu boy dan girl baru pacaran, boy melipat 1000 burung kertas buat girl, menggantungkannya di dalam kamar girl. Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.
Waktu itu, girl dan boy setiap detik selalu merasakan betapa indahnya cinta mereka berdua. Tetapi pada suatu saat, girl mulai menjauhi boy. Girl memutuskan untuk menikah dan pergi ke Perancis, tempat yang dia impikan di dalam mimpinya berkali-kali itu!!
Sewaktu girl mahu memutuskan perhubungannya dengan boy, girl berkata kepada boy, "Kita harus melihat dunia ini dengan pandangan yang dewasa. Menikah bagi seorang gadis adalah kehidupan kedua kalinya!! Aku harus bisa memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, sungguh aku tidak berani membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah menikah.!!" 

Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras, dia pernah menjual koran, menjadi karyawan sementara, bisnis kecil, setiap pekerjaan dia kerjakan dengan sangat baik dan tekun.
Selepas beberapa tahun...
Dengan
pertolongan teman dan kerja kerasnya, akhirnya dia mempunyai sebuah perusahaan. Dia sudah kaya, tetapi hatinya masih tertuju pada Girl, dia masih tidak dapat melupakannya. 

Pada suatu hari, waktu itu hujan, Boy dari keretanya melihat sepasang orang tua berjalan di depan. Dia mengenali mereka, mereka adalah orang tua Girl. Dia ingin mereka melihat bahawa sekarang dia tidak hanya mempunyai kenderaan pribadi, tetapi juga mempunyai istana dan perusahaan sendiri, ingin mereka tahu kalau dia bukan seorang yang miskin lagi, dia sekarang adalah seorang Bos. Boy memandu kenderaannya dengan sangat perlahan sambil mengikuti sepasang orang tua tersebut. 

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung,tetapi badan mereka tetap basah karena hujan. Sewaktu mereka sampai tempat tujuan, Boy tercengang oleh apa yang ada di depan matanya, itu adalah tempat pemakaman. Dia melihat di atas papan nisan Girl tersenyum sangat manis terhadapnya. 

Di samping makamnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu terlihat begitu hidup. Orang tua Girl memberitahu Boy, Girl tidak pergi ke Perancis,tetapi sebenarnya Girl mendapat tahu die menghidap kanser otak. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin Boy menjadi orang, mempunyai keluarga yang harmoni, maka dia terpaksa berbuat demikian terhadap Boy. Girl memberitahu bahawa dia sangat mengerti Boy, dia percaya kalau Boy pasti akan berhasil. 

Girl mengatakan, kalau pada suatu hari Boy akan datang ke makamnya dan berharap dia membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. Boy langsung berlutut, berlutut di depan makam Girl, menangis dengan begitu sedihnya.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyum manis Girl yang begitu manis dan polos, mengingat semua itu, hatinya mulai menitiskan darah.
Sewaktu Orang tua igirl keluar dari pemakaman, mereka melihat kalau Boy sudah membukakan pintu kereta untuk mereka. Lagu sedih terdengar dari dalam kereta tersebut. 

Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Beterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat besebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku bisa bertemu denganmu?
Tidak takut berapapun jauhnya,
Hanya ingin sekarang langsung berlari ke sampingmu.
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah.

dipetik dari sebuah kisah motivasi.

Sunday, December 26, 2010

.................FIZA MINTA MAAF....................

Saturday, December 25, 2010

25th Dec 2010

Antara hari yg paling busy untuk bulan ni..penghujung 2010. Kekusutan yg bermula sejak hari kelmarin bila group CELCOM check in. Macam2 benda yg dorang request. Pening jugak aku dan yg lain2 nak handle group nih. Saat aku update blog ni...aku masih lagi di office. Sedikit kelegaan terasa di bahu saat ini. Hanya nak tunggu dorg selesai dinner dan aku dah boleh balik. Penat tu jangan katalah..teramat lenguh kaki aku dan LAPARRRR!! i need fooddddddddddd!

Friday, December 24, 2010

FAKTA MENARIK TENTANG AKU

1 - Amat susah nk bangun pagi..semenjak aku keje..boleh kira berapa kali aku msuk keje awal, yg lain semua ngam2 kul 9.00am..(amat tidak bagus, jgn ikut!!)
2 - Tak suka buat org tertunggu2 aku kalu ade janji, kalu aku terlambat, rase cm bersalah je kt org tu.
3 - Kuat makan
4 - Suka masak (ade je resepi baru yang aku reka)
5 - Suka menangis (kadang2 tgk iklan dalam tv yg tak sampai seminit tu pun aku nangis)
6 - Pernah beberapa kali mase pergi kat orang menikah, tiba2 aku sedar yang aku menitiskan airmata. Kenapa ek??
7 - Cepat rase malu, baru kena tegur sikit, dah merah padam muka aku (malu soitttt)
8 - Suka kumpul tag expired roti
9 - Pernah digelar "minah tisu" sb aku selalu bwk tisu.
10 - Tak pernah beli kain baju kurung sendiri. Mak yg selalu pilih untuk aku, dan aku pakai je.
11 - Pertama kali bercinta masa umur aku 18 tahun (bagus kan..hahaha)
12 - Bila aku dh gila kat sesebuah lagu tu, aku akan dengar sampai la aku naik menyampah nak tgk tajuk lagu tu.
13 - Suka main air. Kalu pergi pantai, kalu setakat nak main2 air kt gigi pantai tu aku xnk. Mesti kna terjun jugak. Baru syokkkk.
14 - Aku suka tarikh lahir aku "16hb 3".
15 - Kalu sape2 yg amik or pinjam barang2 aku, sila beritahu atau mengaku je. Jangan sampai aku hangin dan sumpah seranah.
16 - Kalu tengah jalan ramai2, pastu ade sekumpulan manusia yang tgh berjalan terkedek2 cm siput b*b* kt depan aku, (dalam hati, ya allah lembap nye jalan..) tlg beri laluan kat aku ok.

Thursday, December 23, 2010

CHECK IT OUT!!

Wahai en sabree...terima kasih sebab dh tlg ''menreleasekan ketensionan'' ku

: Zaman sekolah, subject apa korang selalu ponteng? Kenapa
A: Erm...rasenye jarang ponteng class....yg pernah ponteng subjek bahasa arab ngan pendidikan islam.

Q: Cikgu yang korang paling anti? Kenapa?
A: Cikgu yang ajar subjek matematik terutamanya....hahahah...sb xsuka math!!!

Q: Saat diambang kemarahan kamu akan ___________??
A: mendiamkan diri smbil menyumpah dalam hati!! sioooottttt

Q: Pernah kencing malam??? Last sekali bila??
A: Pernahhhhhhhh.....kahkahkah...mase umur 6@7 tahun...bgun tdo..ingtkan dah msuk dalam tandas..rupanya ku ter........atas katil..

Q: Couple kamu yang paling ROMANTIK, sebutkan nama.
A: Sampai umur 22 tahun ni...baru dua orang pernah kapel ngan sy...1st ex-bf..tak romatico de amor sgt....

Q: 5 fakta pelik tapi benar tentang diri kamu yang orang lain belum ketahui.
A: 1) tak pernah basuh rambut kalu mandi pagi stat dr zaman sekolah smpai la skrg..sb takot rambut xsempat nk kering..-fmly dh tau pasal nih kot..
2) suka sikat rambut banyak kali dalam mase sehari.
3) marah kat org lain...tp aku yang nangis teresak2..(xnangis la depan org yg aku marah tu)
4) xsuka minum air panas (cm teh ke...milo ke..) yang tak panas (suam)...rase nk muntah....kalu air tu sepatutnya panas...biar betol2 panas.
5) aku yang menggilai "kentang" dan chocolate.

Q: Kentut di khalayak ramai? Pernah buat? Dimana?
A : Pernah rase..tp xingat kt mane..haha

Q: Andai diberi peluang putarkan masa ke zaman lama. Anda akan ______?
A: xnk zaman lama...nak yang akan dtg...

Q: Lagu lama yang masih menjadi kegilaan dirimu sampai sekarang?
A : Kau Pergi Jua - Adam Ahmad
Layu sebelum berkembang - Broery Marantika
Hapuslah airmatamu - Sharifah aini

Q: Anda pernah menjadi Secret Admire kepada siapa / kenapa?
A : Name dorg...........mase sekolah rendah name die Athari...sb nya entah la, dh mmg minat kt die. Sorang lg mase f1-f3, name die fadhil..pun sb mmg suka kt die...xtau sb pe..pastu minat kat ali mse f4-f5...dan akhirnya jd pakwe ku selama 4tahun.

Q: Anda ingin membuang air besar tapi tiada tandas anda akan _________?
A : tahan jela semampu yg boleh smpai jumpe tandas..haha...cobaan....

Q: Bangga jadi Anak Ganu? Kenapa? Ayat Terengganu paling pemes???
A : bangga la....sb terengganu ade kepok lekor...yg tersohor di nusantara...ayat terengganu yg paling femes....ermmmm "holah" (rase-rasenye)

Wednesday, December 22, 2010

"K"

Keserabutan
Kekusutan
Kekalutan
Kebimbangan
Kekecewaan
Kepayahan
Kesesakkan
Kebencian
Kejiwangan

Wednesday, December 15, 2010

ENTAH MENGAPA

Kekadang aku seakan tidak mengerti apa yang bermain dalam hati dan fikiran aku. Apakah aku hanya mencari kenikmatan di dunia sehingga sesekali terlupa kenikmatan yang hakiki. Selama hampir 23 tahun aku hidup di bumi ALLAH ini, rasanya sudah banyak ilmu dan pengetahuan agama yang telah dicurahkan oleh ibu aku terutamanya. Dari kecil mak yang mengajar aku membaca muqaddam, al-quran dan hinggalah aku boleh membaca sendiri tanpa diawasi oleh mak. Sesekali mak membuka kitab-kitab yang dipelajarinya di kelas agama dan menyampaikannya pula kepada aku dan anak-anaknya yang lain.
"Kak Mar!! Cepat mari ngaji!! Itulah antara pekikan mak sewaktu aku masih bersekolah rendah hinggalah naik ke sekolah menengah. Jika dulu kakak dan abang-abang aku terpaksa mengaji dengan orang lain, abang aku pula selalu ponteng kelas mengaji. Kini, aku bersyukur kerana mak boleh mengajar aku dan adik mengaji sendiri di rumah. Berbeza dengan jiran-jiran ku yang lain yang terpaksa menghantar anak-anak ke rumah orang lain untuk belajar mengaji. Tapi mak jugak sanggup untuk mengajar anak kawan-kawannya tanpa apa-apa bayaran.
Kini setelah aku tamat belajar dan bekerja, mak kata aku dah banyak berubah. Berubah???
Aku sedar akan perubahan tu, kekadang aku cuba untuk kembali pada diri aku yang dulu, aku tahu masih belum lambat untuk aku berubah dan tuhan masih mengurniakan waktu itu untuk aku perbaikinya...

Saturday, December 11, 2010

APA?

Apa yang aku cari dalam hidup??
Apa yang aku nantikan dalam hidup??
Apa yang aku inginkan dalam hidup??
Apa yang aku mahu dalam hidup??
Apa yang aku agungkan dalam hidup??

Friday, December 10, 2010

Student vs Employee

Dua fasa kehidupan yang dah aku lalui sekarang ni..kehidupan sebagai student dan kehidupan sebagai pekerja.
Ternyata memang ketara perbezaan tu bagi aku sekarang ni. Mana tidaknya, mase jadi student aku rase aku ade lebih banyak mase untuk kawan-kawan, keluarga, ehem2 hehehe, untuk diri aku sendiri. Tapi sejak dah keje ni rase macam waktu tu tak cukup je. Yelah, masuk kerja pukul 9 am, balik kerja kul 5 pm (tapi kadang2 terlajak sampai lewat petang dan malam). Duduk rumah tu cam tempat tidur, makan, mandi. Kalu dulu mase kt U, aku ade banyak mase untuk tidur, buat benda2 yg tak berfaedah, bangun lambat, g jenjalan. Tapi sekarang tidur ku terbatas, malam2 cepat mengantuk, jarang dapat keluar waktu siang. Cuti pun macam tak cuti je..xbes langsung. Orang len syok cuti tapi aku kena kerja. Nak pegi dating pun susah..hahaha. Yelah, sebab aku keje time org len cuti. Orang len keje aku cuti. Apa daaaaa..Nak keluar malam..boleh..tapi aku kena bagi alasan kat mak sebab yela aku kan pompuan, xelok keluar malam sangat. Sekali sekala tu xpelah.
Tentang duit, bila dah kerja mesti la ade duit kan sebab dapat gaji (ni bukan zaman dahulu kala dapat beras sebagai upah). Aku di kira agak bertuah sebab mase kt sekolah menengah aku dapat biasiswa. Mak sebagai acc manager yang jaga duit aku memang berbaloi. Sebab die tak bagi aku guna sewenang-wenangnya. Sampai aku dah abis SPM pun duit tu still ade lagi. Duit tulah aku guna untuk segala perbelanjaan aku mase nak masuk matrik. Masuk matrik pulak kami dapat elaun untuk setiap sem. Mak selalu cakap kt adik aku, "kakak kau belajar xabis pun duit mak bapak". Masuk u pulak aku amik PTPTN (duit kerajaan lagi,TERIMA KASIH bagi pinjam ek nanti saye bayar) dengan duit tu aku guna untuk perbelanjaan mase belajar aku. U dekat ngan umah merupakan satu keuntungan yang berganda buat aku hahaha. Sebab xpayah bayar rumah sewa, bil utiliti, makan minum. Jimat lagi duit!!!! Dulu kena tunggu awal sem baru dapat duit 6 bulan sekali. Tapi sekarang tiap2 bulan dapat duit. Bila dah keje ni kena la bagi kat mak ayah walaupun xbanyak, tolong bayar ape2 yg patut, bagi kat adik bradik sket sorang dan belanja anak2 buah, kawan2, dll. Yang selebihnya aku masukkan dalam akaun dan untuk belanja harian aku.
Walaupun alam bekerja kadang kala membosankan, tapi aku gembira jugak. Sebab dapat tau perangai2 manusia yang macam2 ragam dalam bekerja nih..ade cam penguin, beruang kutub, dugong, katak puru, siamang, dan byak lagi..hahaha (aku bukan keje kt zoo ok). Ape yang penting aku dapat ilmu yang aku tak dapat mase dalam class..Dan aku enjoy dengan apa yang aku buat sekarang dengan mereka-mereka yang telah menceriakan hidup aku sepanjang kt tempat keje ni. Terima kasih u olz....kak sue, abi, bak, bella (ni je yang aku rase penting kt cni)
*Tapi aku rinduuuuuuu mase study dulu!!!!!!!The best memories in my life!

Tuesday, December 7, 2010

APA YANG SAYA NAK TULIS

Apa yang saya nk tulis hari ni ialah tentang kisah persahabatan di antara Lin, Nurul, Ella & Zaza. Mereka berempat ni mula berkenalan sewaktu di sama-sama mendaftar di sebuah IPTA di pantai timur kira-kira 3 tahun yang lalu sekitar bulan Julai 2007. Jika diikutkan, Lin dan Zaza telah pun mengenali antara satu lain sewaktu mereka sama-sama belajar die sebuah kolej di utara tanah air sebelum mereka dapat melanjutkan pengajian di IPTA tersebut.Lin dan Ella tinggal berkongsi bilik yang sama manakala Nurul dan Zaza masing-masing berlainan bilik. Tetapi mereka merupakan peljar daripada jurusan yang sama. Mereka mula rapat sejak semester kedua pengajian. Banyak perkara yang mereka lakukan bersama. Meskipun masing-masing berlainan perangai dan tabiat tetapi itu tidak membataskan mereka untuk berkawan.

Adat dalam berkawan, sudah pastinya ada masanya mereka akan berselisih faham kerana perkara-perkara yang boleh dianggap kecil sahaja. Tapi sungguhpun bertengkar, mereka akan kembali berbaik semula. Di antara mereka berempat, Nurul lebih bersifat seperti keibuan, mungkin kerana posisinya sebagai anak sulung dalam keluarga. Ella pula kadangkala sering menimbulkan masalah dari segi kurang bekerjasama terutama apabila melibatkan kerja berkumpulan dan apabila melibatkan pertolongan. Lin pula bolehlah digambarkan sebagai seorang yang tidak begitu suka masuk campur hal orang lain manakala Zaza pula seorang yang kelihatan tenang pada zahirnya.

Persahabatan mereka berjalan dengan lancar hinggalah pada akhir semester kelima pengajian, Lin menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan kekasihnya. Hasratnya itu telah pun dimaklumkan kepada Ella dan Zaza terlebih dahulu. Zaza tidak banyak membantah, pada fikirannya dia merasakan mungkin ada baiknya untuk Lin berumahtangga dan mungkin sudah tiba jodoh Lin. Ella juga menyatakan hal yang sama. Nurul yang mengetahui perkara tersebut seakan tidak begitu bersetuju dengan keputusan Lin dengan menyatakan Lin masih muda dan masih banyak yang Lin harus capai dalam hidup sebelum berkahwin memandangkan Lin anak sulung dalam keluarga dan die seharusnya membantu keluarganya dahulu selepas tamat pengajian nanti. Lin sedikit berkecil hati dengan pernyataan Nurul.

Keputusan telah diambil, akhirnya Lin nekad untuk berkahwin. Seminggu selepas tamatnya peperiksaan akhir semesta lima Lin telah diijab kabulkan dengan kekasihnya Johan. Lin hanya memaklumkan hal pernikahan tersebut kepada Ella dan Zaza sahaja dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga Lin yang terdekat sahaja. Beberapa bulan selepas itu, Nurul akhirnya dapat tahu mengenai perkahwinan Lin dan bertanya kepada Zaza untuk mendapatkan kepastian. Setelah sekian lama Zaza menyimpan rahsia tersebut, akhirnya ia terlerai jua. Zaza berat untuk menceritakan hal tersebut kepada Nurul kerana dia tahu Nurul akan berkecil hati. Tetapi Zaza juga rasa bersalah kerana menyembunyikan hal tersebut daripada Nurul.

Setelah peristiwa tersebut, Lin dan Nurul semakin berjauhan. Tiada lagi perhubungan yang seindah perhubungan dulu. Segalanya semakin hambar. Masing-masing tidak menghubungi antara satu sama lain. Hanya Ella dan Zaza yang masih terus berhubung dengan baik antara mereka berempat. Kini sudah setahun segalanya berlalu, tidak nampak sinar bahawa Nurul dan Lin akan kembali bertaut semula. Seolah-olah masing-masing terlalu ego dan tidak mahu membetulkan keadaan tersebut. Pernah juga Zaza cuba untuk menyatukan mereka semula, tetapi tidak berhasil. Mungkin satu hari nanti segalanya akan kembali jernih seperti dahulu. Insyaalah.

Kini Lin telah selamat melahirkan cahaya matanya. Ella pula sudah berrumahtangga dan juga telah selamat melahirkan cahaya matanya. Nurul dan Zaza pula sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing. Semoga persahabatan antara mereka berempat tetap utuh hingga keakhirnya dan semoga Nurul dan Lin kembali berbaik demi sebuah perhubungan.

Friday, December 3, 2010

IJAJAH

SYUKUR ALHAMDULILLAH akhirnya aku berjaya mengenggam segulung ijajah (tp aku punye tak bergulung pun..sekeping je dorg bg..hahaha). Setelah 3 tahun aku berhempas pulas nak habiskan tempoh study tu, tp akhirnya abis jugak. Berkat usaha dan doa mak ayah aku jugak. Dulu ingatkan aku dah tak mampu nak abiskan study sebab mse semester 3 pointer aku jatuh teruk giler $@#@ (sebab main2 sgt padan muke kau MAR!) Tapi sebab aku dh insaf dengan cepatnya sem 4 aku dpt naikkan blk cgpa aku. Tapi dh terlambat sb aku xsempat nk dapatkan cgpa yg aku idamkan. Tapi walauapa pun aku still lg bersyukur sgt. Macam tak percaya pun ade jugak.
Pada saat ini aku jugak bersyukur kerana aku tak tergolong dalam kalangan "graduan mengganggur". At least aku bekerja. Yehaaaaaaaah!
Terima kasih aku ucapkan kepada lecturer2 aku yg pernah ajar aku dulu:
Miss Najah (KP) - International Business
En Khai - Channel Mgt & Issues in Mktg (aku dpt A 4 issues-thx mr khai. Gara2 dia cam aku sb xbyk ckp)Mr Joe - E Commerce & Global Mktg (subjek yg plg aku suka sb leh ngadap comp)
En Kamil- Agro Mktg (yg aku ingat psal subjek ni ttg g trip kt langkawi..hahaha)En Ismail Long - Strategic Mgt
Pn Atikah - Financial Mgt ("i like")Ustaz Zaid - CTU 1 (msuk kelas die dgr cite..xtau bljr ape, pastu byk gelak je)Ustaz Wahairi - CTU 2
Yang Laoshi - Mandarin (ade tiga org tp aku xingat lg dua org)Mr Nash - Bel 402 (mr nash yg dah mengfailkan aku & kwn2 ku...c u in court..tiap kali dlm clss die, kami mst sakit perut sbb ketawa byk sgt, bkn sbb die wt lawak, tp sb die mrh kami..pelik tp bengong..tp itulah yg berlaku..sb tu ktorg fail!!huhu......"NEXT!!!!!"-jeritaan histeria mr nash)Mr Johari - Bel 492 (student ayah aku dulu...hahaha)Pn Azian - Marketing & Thesis Advisor aku (mst die kcewa ngan tesis aku, sb tiga2 student under die dpt C, maafkan kami)En Fadli - Managerial Economic
Dr Rafi - Mktg Research (msuk dl cls die konon buat research, padahal msing ngadap laptop main game or itnet. aku xde pun buku utk sbjek ni..mse exm bce nota slide je..hahaha..tp lulus jgk)
Dr Faiz - Bel (takot tiap kali msuk class die)
PM Wan J - Quantitative Analysis (bestt siott)
Pn Aziyani - Internet Mktg (rsenye bkn cmtu name die, sori puan..dh nampak pun ade pkataan "internet" kt ctu mst la aku suka subjek tu)
Pn Muhazita - Marketing & Relationship Mktg & Consumer Behavior (kalu berkaitan ngan lecturer ni mst aku cm xphm je..ciap dpt C lg..slh aku ke slh die???)*ramai lagi aku dh lupa dh..............
Thxs jugak untuk kawan2 aku.
BM 220 intake July 2007kak pa, kak cyla, ara, kmah, ema, gmiy, nurul, hally, azie, ecah, jie, ida, na, ain, ha, ckin, alia, dba, awin, una, kak ct, masitah, hamima, zu, tina, ida (romate 109), kak farah, wan (sori yg trlepas tu..ekekee...)

L.O.V.E you all guys!!!!!!!!