Wednesday, December 15, 2010

ENTAH MENGAPA

Kekadang aku seakan tidak mengerti apa yang bermain dalam hati dan fikiran aku. Apakah aku hanya mencari kenikmatan di dunia sehingga sesekali terlupa kenikmatan yang hakiki. Selama hampir 23 tahun aku hidup di bumi ALLAH ini, rasanya sudah banyak ilmu dan pengetahuan agama yang telah dicurahkan oleh ibu aku terutamanya. Dari kecil mak yang mengajar aku membaca muqaddam, al-quran dan hinggalah aku boleh membaca sendiri tanpa diawasi oleh mak. Sesekali mak membuka kitab-kitab yang dipelajarinya di kelas agama dan menyampaikannya pula kepada aku dan anak-anaknya yang lain.
"Kak Mar!! Cepat mari ngaji!! Itulah antara pekikan mak sewaktu aku masih bersekolah rendah hinggalah naik ke sekolah menengah. Jika dulu kakak dan abang-abang aku terpaksa mengaji dengan orang lain, abang aku pula selalu ponteng kelas mengaji. Kini, aku bersyukur kerana mak boleh mengajar aku dan adik mengaji sendiri di rumah. Berbeza dengan jiran-jiran ku yang lain yang terpaksa menghantar anak-anak ke rumah orang lain untuk belajar mengaji. Tapi mak jugak sanggup untuk mengajar anak kawan-kawannya tanpa apa-apa bayaran.
Kini setelah aku tamat belajar dan bekerja, mak kata aku dah banyak berubah. Berubah???
Aku sedar akan perubahan tu, kekadang aku cuba untuk kembali pada diri aku yang dulu, aku tahu masih belum lambat untuk aku berubah dan tuhan masih mengurniakan waktu itu untuk aku perbaikinya...

No comments: