Monday, May 28, 2012

AKU SUKE NANGIS!!

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Aku akan nangis tiap kali aku rasa tertekan sangat.
Aku akan nangis tiap kali aku marah seseorang.
Aku akan nangis tiap kali aku tengok cerita sedih.
Aku akan nangis tiap kali aku kena tinggal (tanpa rela) oleh keluarga @kawan2 aku.
Aku akan nangis tiap kali barang yang aku simpan dan tiba-tiba barang tu takde, akhirnya aku dapat tau barang tu dah xde lagi.
Aku akan nangis tiap kali aku rasa orang yang aku sayang macam dah tak perlukan aku lagi.
Aku akan nangis tiap kali aku terbayangkan yang suatu hari aku terpaksa tinggalkan orang yang aku sayang.
Aku akan nangis tiap kali aku teringat betapa sakitnya hati aku suatu masa dulu.
Aku akan nangis tiap kali aku rasa orang yang aku sayang cam buat derk je kat aku.

*Time aku post benda ni,baru je lepas nangis!Wallaweh............. (sebab tu datang keje dengan mata yg bengkak) TERBAIKKK!


Monday, May 7, 2012

KEHIDUPAN & PENGALAMAN


ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Sudah agak lama aku tak update blog aku ni,bersawang suda..OK kali ni aku nak share dengan korang tentang beberapa kisah benar dalam kehidupan aku. Cerita yang aku post kali kisah benar tapi adelah aku tambah sket-sket.

Kisah #1
Fatin dan Sahri merupakan sepasang kekasih sejak di bangku sekolah lagi. Fatin seorang gadis yang amat baik, kebanyakkan rakan-rakannya amat menyenangi tingkah laku beliau sebagai sahabat. Tidak berkira, mudah dibawa berbincang, hormat orang tua, dan tahu menjaga hati. Percintaan yang tercipta hampir 5tahun pastinya mengukir seribu satu kenangan manis dan pahit buat mereka. Cinta yang mendalam antara mereka membawa kepada perancangan untuk menamatkan kisah itu sebagai suami isteri. Tetapi, tidak dipersetujui oleh keluarga Fatin. Sehinggakan Fatin pernah berkata berhawa jika keluarganya tidak menerima Sahri sebagai teman hidupnya, dia tidak akan berkahwin dengan sesiapa pun sampai bila-bila. Tapi benarlah seperti yang telah dikatakan, jodoh itu ketentuan Allah. Genap 5tahun percintaan mereka, akhirnya ia terputus di tengah jalan. Fatin tidak menyalahkan Sahri dengan apa yang telah berlaku, kerana dia juga merasakan turut bersalah dalam hal tersebut. Fatin redha dan pasrah dengan apa yang telah berlaku di saat hatinya hancur berkecai dengan harapan yang telah dibina. Di saat hatinya dibadai kelukaan, hadir seorang insan yang tidak pernah dikenalinya menyuarakan hasrat untuk memperisterikannya. Fatin menyampaikan hasrat lelaki itu kepada keluarganya. Tanpa pernah bersua dan tidak begitu mengenali antara satu sama lain, dalam tempoh 3bulan perkenalan akhirnya mereka mengikat tali pertunangan. Memang benarlah jodoh itu urusan Allah walau sebaik mana kita merancang. Dan mereka bakal mendirikan rumahtangga 3bulan kemudian iaitu genap 6bulan usia perkenalan mereka. Insyaallah. Amin.

Kisah seterusnya kan menyusul......................in progress!