ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...
Sudah agak lama aku tak update blog aku ni,bersawang suda..OK kali ni aku nak share dengan korang tentang beberapa kisah benar dalam kehidupan aku. Cerita yang aku post kali kisah benar tapi adelah aku tambah sket-sket.
Kisah #1
Fatin dan Sahri
merupakan sepasang kekasih sejak di bangku sekolah lagi. Fatin seorang gadis
yang amat baik, kebanyakkan rakan-rakannya amat menyenangi tingkah laku beliau
sebagai sahabat. Tidak berkira, mudah dibawa berbincang, hormat orang tua, dan
tahu menjaga hati. Percintaan yang tercipta hampir 5tahun pastinya mengukir
seribu satu kenangan manis dan pahit buat mereka. Cinta yang mendalam antara
mereka membawa kepada perancangan untuk menamatkan kisah itu sebagai suami
isteri. Tetapi, tidak dipersetujui oleh keluarga Fatin. Sehinggakan Fatin
pernah berkata berhawa jika keluarganya tidak menerima Sahri sebagai teman
hidupnya, dia tidak akan berkahwin dengan sesiapa pun sampai bila-bila. Tapi
benarlah seperti yang telah dikatakan, jodoh itu ketentuan Allah. Genap 5tahun
percintaan mereka, akhirnya ia terputus di tengah jalan. Fatin tidak
menyalahkan Sahri dengan apa yang telah berlaku, kerana dia juga merasakan
turut bersalah dalam hal tersebut. Fatin redha dan pasrah dengan apa yang telah
berlaku di saat hatinya hancur berkecai dengan harapan yang telah dibina. Di
saat hatinya dibadai kelukaan, hadir seorang insan yang tidak pernah
dikenalinya menyuarakan hasrat untuk memperisterikannya. Fatin menyampaikan
hasrat lelaki itu kepada keluarganya. Tanpa pernah bersua dan tidak begitu
mengenali antara satu sama lain, dalam tempoh 3bulan perkenalan akhirnya mereka
mengikat tali pertunangan. Memang benarlah jodoh itu urusan Allah walau sebaik
mana kita merancang. Dan mereka bakal mendirikan rumahtangga 3bulan kemudian
iaitu genap 6bulan usia perkenalan mereka. Insyaallah. Amin.
Kisah seterusnya kan menyusul......................in progress!
No comments:
Post a Comment