Thursday, December 12, 2013

PHEWWW~

Alunan ombak yang menghempas pesisir pantai
Menjadi irama merdu menemani pagi yang sepi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Okey pepagi hari dah berpuisi. Okey so, hari ni dah 3minggu si Dia mendiamkan diri. Rindu..? EE xtau nak cakap cmne. Hari-hari memang xde keje len la, keje stalk die jelah.Sayalah stalker yang setia. Bhahahahaaaa... Kadang-kadang rasa macam aku ni dah mati kot, aku je yang perasan yang aku masih hidup, sedang update blog.. Hey korang semua, saya hantu.. Eh tak , aku masih hidup, hidup di bumi yang fana ciptaan Allah s.w.t. Arghh susahnye...faham tak susah..? Tak korang takkan faham. Hanya aku. Hanya aku (macam Hyperact pulak)

Kalau aku dapat putarkan masa, dan tak buat silap, tak sakitkan hati orang. Tapi aku bukan macam Rasullullah yang tak buat silap, yang mmg Allah dah kurniakan buat baginda. Aku cuma manusia biasa. Manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan.




Saturday, December 7, 2013

KEPADAMU KEKASIH...AKU BERSERAH

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Haa.. tengok tajuk pun macam gempak je kan..Hurm sebenarnye xde pape pun. Saje je buat tajuk camtu.
Ok just nak share, dua hari lepas aku dapat call dari seorang sahabat, sahabat baik jugak la, banyak kitorang share benda sama-sama, buat keje giler ntah pape pun ade. Tapi just for fun, buat hilang stress kata orang. Sangat...Dua hari lepas dia call sekadar  meluah perasaan die yang terpendam, dia dapat tahu suami dia masih berhubung dengan perempuan yang dikatakan suaminya sebagai"kawan baik". Naluri seorang isteri, selalunya betul. Dengan tak sengaja die rasa sangat nak buka hp suami dia, then terpampanglah sms kemesraan mereka berdua. Sebenarnya rentetan kisah ni dah lama, sebelum dorang kahwin lagi. Dia tak salahkan perempuan tu, yelah kalau tak bertepuk sebelah tangan takkan berbunyikan. Lepastu, pagi tadi die whatsapp aku, bagitahu yang suami dia dan perempuan tu dah sama-sama mengaku yang dorang memang ada hubungan. 

Ya Allah aku tak boleh bayangkan disebalik kebahgiaan yang aku tengok rupanya ada sesuatu yang terpendam dalam hati sahabat aku ni. Kuatnye dugaanMu untuk dia Ya Allah. Suami dia dan perempuan tu jugak ada merancang untuk bernikah. Katanya dia akan benarkan suami die kahwin tapi dia tak akan bermadu. Ye tak de siapa pun yang nak bermadu, isteri mane yang sanggup untuk lihat suami dia dengan perempuan lain. Ya Allah...sesungguhnya wanita-wanita yang hidup bermadu, dan izin suami dorang berkahwin lain tu memang tinggi betol tahap kesabaran, redha dalam diri mereka. Dan yang penting ikhlas. Aku cuma berharap tiada yang buruk berlaku, aku tahu sahabat aku seorang yang tabah, sebelum ni pun dah macam-macam dugaan untuk dia. Tuhan sayangkan dia, sebab tu tuhan bagi dugaan macam ni dekat dia.

Dan aku pulak,masih lagi seperti hari-hari yang lalu. Menanti sebuah kepastian dari dia. Dengan tarikh pernikahan yang dirancang semakin dekat. Banyak benda yang masih belum dibuat. Aku buntu, aku tak tahu apa yang aku perlu buat. Cuma mak dah uruskan hal tempahan katering, survey barang-barang untuk doorgift, jemputan, khemah, pelamin, tempat tinggal untuk sedara-mara yang dari jauh nanti. Dan aku jugak dah siap designed our wedding card. Sebenarnya aku dah memang niat dari awal lagi untuk buat kad sendiri walaupun simple je. We have less than 7weeks. Bila mak tanya nak beli apa, nak buat apa...automatik aku jadi resah, gelisah. Hanya menjawab acuh tak acuh. Macam mana kalau semuanya tak seperti yang diinginkan.....??Tak sanggup nak menghancurkan kegembiraan orang lain.

Tapi aku yakin. Ya yakin, sinar itu pasti akan tiba. Berdoa dan sentiasa menharapkan yang terbaik buat aku dan dia. Mengganggap ini sebahagian dari dugaan kecil untuk kami.

Buat awak, kalau awak rasa ini jalan yang betul, yang terbaik buat awak dan saya, kita teruskan.
Kalau awak perlukan lebih masa, kita boleh berbincang. 
Tapi andai kata, sampai di sini saja, saya terima dengan redha. Meski saya tak mahu ini semua terjadi.
Saya percaya yang saya tak pernah silap bila saya terima awak dalam hidup saya. Tiada istilah awak tak layak untuk saya, atau saya tidak layak untuk awak. Siapalah kita untuk berkata sedemikain. Layakkah kita...?Hanya Allah saja yang tahu. Saya sayangkan awak sepenuh hati saya, tiada niat untuk mempermainkan sesiapa pun. Jika perbuatan saya itu satu dosa besar buat awak, ampunkan saya.