Friday, December 31, 2010

SAYA BUDAK SEKOLAH

Teringat ketika aku masih di bangku sekolah rendah. Bila usia aku 6 tahun, ayah masukkan aku ke darjah satu di sekolah tempat ayah bertugas ketika itu tanpa menghantar aku ke tadika seperti kanak-kanak yang lain yang seusia aku. Kata ayah senang, sebab aku boleh pergi dan balik dengan ayah dan senang untuk ayah mengambil tahu hal aku.Bila sampai tiap kali waktu rehat, aku akan pergi mencari ayah di pejabatnya atau di kantin untuk makan. Jadi aku tak payahla nak beratur untuk membeli makanan di kantin. Tapi yang paling aku tidak suka ialah bila tiba waktu pulang ke rumah, sebab aku terpaksa tunggu ayah yang selalu abis kerja lambat kerana urusannya yang masih belum selesai. Kadangkala sampai tertidur aku dibuatnya. Keadaaan itu berterusan sehingga aku masuk darjah enam. Sewaktu di sekolah aku bukanlah kategori pelajar pandai, tapi bolehlah dikatakan mempunyai rekod akademik yang baik. 

Aku jugak pernah naik dan turun kelas. Mata pelajaran yang sememangnya menjadi kelemahan aku ialah matematik. Tapi Alhamdulillah sewaktu UPSR aku berjaya mendapat A ketika itu. Aku masih ingat ketika aku pergi berebut2 dengan pelajar lain untuk melihat keputusan kami yang ditampal di papan kenyataan sekolah, aku rasakan seperti tidak percaya bahawa aku mendapat 4A untuk peperiksaan tersebut. Dan aku sedar ada titisan jernih yang tumpah dari kelopak mata aku.
Dengan keputusan UPSR itu, aku ditawarkan untuk masuk ke kelas aliran arab di SMKTIZ. Aku juga ada menerima tawaran dari sekolah berasrama yang lain, tapi mak tidak berani untuk menghantar aku pergi belajar jauh dari mereka. Kata mak, biarlah aku bersekolah di kampung sendiri sahaja. Semasa di tingkatan 1, ayah masih lagi menjadi orang yang mengambil dan menghantar aku ke sekolah setiap hari memandangkan ayah telah bersara ketika itu. Tetapi naik sahaja tingkatan dua, ayah belikan aku basikal untuk aku pergi dan balik sekolah sendiri memandangkan jarak rumah dan sekolah tidaklah jauh. Aku tidak berseorangan, sebaliknya aku bersama dua orang lagi sahabat sekelas ku iaitu Syarina dan Juwani pergi dan balik sekolah dengan basikal. Dan keadaan tu berterusan sehingga aku tingkatan lima. Cuma pada waktu itu Faizan, Yuhaniz dan arwah Suhaira yang menemani aku berbasikal ke sekolah. Seronok bila dikenang kembali saat aku berbasikal ke sekolah. Berhujan, berpanas, terbabas dalam semak, tergelincir di tepi jalan raya dan nyaris dilanggar kereta semua tu dah aku lalui. 

Kalau aku tak lalui semua tu, aku takkan tau kepayahan budak-budak lain yang tak de kenderaan untuk ke sekolah walaupun sebuah basikal dan terpaksa berjalan kaki berkilometer jauhnya jarak rumah mereka dan sekolah setiap hari demi mencari ilmu.

No comments: