Thursday, December 30, 2010

PESAN HAWA BUAT ADAM

ADAMKU…
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar maka benarlah aku.
Jika kau lalai maka lalailah aku.
Wahai Adam, kau punya kelebihan akal.
Manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu 9 nafsumu 1
Akalku 1 nafsu ku 9
Oleh itu Adam..pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa.
Sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

ADAMKU…
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akan aku aminkan setiap doamu agar kekal luas syurga ku.
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu agar nanti diberkati ya rabbi.
Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama.
Ajarilah aku yassin dan memahami al-quran.
Kau ajaklah aku mengalunkan jantung kitabullah di malam jumaat yang penuh barakah.
Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu.
Bimbinglah aku dengan amar makruf nahi mungkar.

ADAMKU…
Ajarilah aku menjadi isterimu yang solehah.
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.
Selimutkanlah aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan allah.
Ingatkanlah aku supaya hormat, tunduk dan patuh pada setiap waktu.
Tolonglah aku Adam.
Agar aku tidak beku.
Bantulah aku agar otakku tidak buntu.
Selamatkanlah aku dari seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung.
Pimpinlah aku menuju nur al-jannah.
Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah.
Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.
Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyahumairah rasulullah.
Setulus hati dan kasih laksana siti Khadijah.
Sezuhud dan sepatuh Rabia’tul Adawiyah.
Sekuat iman umpama taatnya Sumaiyyah.
Seikhlas dan semurni hati Halimatus Sa’adiah
Dan seteguh dan segagah Nailah Al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela khalifah allah.

SEINDAH HIASAN TERINDAH ADALAH HIDUPMU ADAMKU…

No comments: