Sunday, January 9, 2011

SITUASI (bukan bunkface)

Didalam sebuah bilik, kelihatan 4 orang manusia yang sedang sibuk melakukan aktiviti masing-masing.
Manusia 1: Sedang sibuk menilik telefon bimbitnya sambil mengunyah sesuatu di dalam mulutnya.
Manusia 2: Sedang menaip sesuatu di dalam komputer sambil menggoyangkan kaki.
Manusia 3: Sedang duduk berehat sambil termenung melihat buku log.
Manusia 4: Sedang mundar mandir di dalam bilik tersebut.

Apa yang membuatkan mereka mempunyai persamaan ketika itu ialah......mereka sebenarnya sedang mencari sesuatu untuk dijadikan bahan untuk mengisi masa lapang mereka.

Selepas 5 minit berlalu..
Manusia 1: Sedang bergayut di telefon sambil bermain-main dengan pen.
Manusia 2: Masih lagi sedang menaip sesuatu.
Manusia 3: Sedang meneliti kalendar.
Manusia 4: Sedang menilik sesuatu di dalam komputer.

No comments: