Monday, July 18, 2011

IT'S ALL ABOUT LUV

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Kali ni aku bercakap tentang cinta dan kasih sayang. Ni dari my point of view.

Ada macam-macam situasi percintaan. Perit bila ada ketikanya cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan. Sepenuh hati kita mencintainya tapi tidak pada dia. Kalau orang dah tak nak nak buat macam mana kan, terpaksa la terima hakikat. Tapi ia boleh jadi sesuatu yang membinasakan bila seseorang itu tidak dapat menerima hakikat situasi begitu hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya.

Ada jugak cinta yang berbalas tapi oleh kerana beberapa faktor, mereka terpaksa berpisah. Samada kerana masalah yang timbul dari keluarga masing-masing, darjat dan keturunan, ketidaksediaan dalam memberi komitmen dalam perhubungan, menyedari bahawa setelah sekian lama bersama sebenarnya mereka tidak serasi untuk hidup bersama sebagai suami isteri dan sebagainya.

Cinta terlarang pun biasa jugak terjadi. Antara ibu/ayah tiri dengan anak tiri, bapa/ibu saudara dengan anak saudara ataupun si isteri dengan suami orang....NAUZUBILLAH....akibat terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu hingga terlupa hukum Allah swt.

Saat yang paling menyakitkan adalah bila kita begitu menyayangi seseorang dan dia mendustai cinta yang telah kita berikan. Terasa bagaikan taufan datang melanda. Bila kita ingin melepaskan diri dari belenggu cinta itu, kita dipersalahkan atas apa yang telah berlaku. wht de fish..
Aku sendiri pernah merasa manis dan pahitnya cinta itu. Tapi aku tidak akan pernah putus asa. Kerana cinta itu sentiasa ada. Kita cuma perlu sabar, yakin dan percaya.

Janganlah ditangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.


No comments: