Tuesday, October 11, 2011

SESUATU TENTANG PERPISAHAN

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA!!!

Macam mana aku dapat ilham untuk tulis tg ni..?Bermula daripada post seorang sahabat FB aku.
Katanya "perpisahan sungguh menyakitkan, namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan".

PERPISAHAN...sesungguhnya ia memang sesuatu yg menyakitkan buat kita yang bergelar manusia ini. Setiap orang pernah melalui situasi ni, samada perpisahan antara keluarga, sahabat ataupun kekasih. Aku sendiri juga pernah alami semua tu. Ada dua peristiwa yang masih segar di ingatan aku tentang perpisahan aku dan juga kawan2. 

Kali pertama sewaktu di bangku sekolah, sewaktu aku di
tingkatan 2, apabila pengetua mengumumkan bahawa kelas kami akan bertukar kepada sesi petang, tanpa disedari ada airmata aku berlinang. Kenapa? Izzati, seorang rakan yang agak rapat dengan aku sewaktu tu, dia ada memberitahu ku sekiranya kelas kami akan kembali ke sesi petang, die terpaksa bertukar sekolah atas arahan ibunya. Waktu tu aku sudah terasa akan kehilangan seorang teman yang amat aku sayangi. Tapi aku percaya, dia tak pernah tau yang aku bersedih sewaktu semua tu berlaku. 

Kedua ialah semasa aku belajar di matrikulasi perlis, setahun aku hidup bersama roomate aku, siti. Banyak perkara suka dan duka kami berkongsi bersama, aku gembira bersama teman2 sebilik aku memandangkan aku tidak mempunyai ramai kawan ketika itu. Hari terakhir kami bersama, aku menghantarnya sampai ke kereta ayah dan ibunya, dan tidak semena-mena aku terasa sebak, dan aku juga dapat melihat ada air jernih dari matanya. Dek kerana jarak antara kami yang jauh nanti, aku tau sudah pasti nanti agak sukar untuk kami bertemu lagi. Dan kini sudah empat tahun ia berlalu. Aku pasti satu masa nanti kami akan berjumpa lagi.

Jika kita terlalu sayangkan seseorang, dan atas sebab-sebab yang tertentu, dia harus pergi, relakanlah pemergian dia jika itu yang boleh membahagiakan hidupnya. Janganlah terlalu bersedih kerana kita harus percaya, kita pasti akan dapat penggantinya walaupun mereka mungkin berbeza. Yang datang tetap akan pergi, tiada yang kekal dalam dunia ini kecuali ALLAH SWT.

No comments: