Friday, November 5, 2010

BAHAGIA DALAM SENDU

Hujan yg turun tak pulak mahu berhenti, seakan-akan menemani kesedihan aku kala ini. Hembusan angin dingin mengejutkan aku dari igauan yang sedang menghantui hidup aku. Perlukah aku bersabar dan terus cekal dengan setiap dugaan yang datang? Atau cuba untuk keluar dari kepompong hidup yang menghantui diri aku sejak sekian lama.

Aku terlalu mencintai dirimu, tetapi mencintaimu membuatkan aku derita. Sampai bila aku harus bertahan untuk mengecapi bahagia yang aku idamkan selama ini? Aku tau kau menyayangi diriku, tapi sayangmu itu belum cukup untuk menghapuskan semua derita yang pernah aku lalui satu ketika dulu dan sampai kini ia masih belum sembuh.


YA! Ia masih belum sembuh! Mungkin kau tak pernah sedar akan semua itu kerana kau tak mencintai aku sebagaimana aku mencintai kau. Aku juga sedar bahawa kau amat memerlukan aku memandangkan hanya aku sahaja yang selalu menemani mu pada tiap waktu kau perlukan aku.Kerana telah terbiasa. Tapi adakah kau ada pada tiap waktu aku perlukan kau?


Di saat aku mula nekad untuk melepaskan diri dari penjara ini, di saat itu jugalah kau mengatakan bahawa kau akan berusaha untuk menyayangi diriku sebagaimana aku menyayangi dirimu. tapi semuanya bagaikan sudah terlambat kerana hati ini telah parah dan hanya menunggu masa untuk mati. Tapi aku sndiri tidak tau mengapa aku masih mencintai engkau yang bernama LELAKI.


Kini, ketika hanya aku satu-satunya wanita yang menemani hidupmu setelah perginya insan lain yang pernah bertakhta dihatimu, hadir insan lain yang telah mengetuk pintu hatiku. Keprihatinannya terhadap aku telah membuka pintu hatiku untuk cuba menerimanya setelah sekian lama aku haramkan hatiku untuk mana-mana lelaki. Dan aku masih mencuba. Tidak aku nafikan bahawa aku masih takut untuk menyayangi lelaki lain setelah apa yang telah aku lalui.


Buat kamu yang tidak pernah putus asa dan masih inginkan diri ini, TERIMA KASIH untuk kasih sayang yang engkau berikan dan membuatkan aku terasa dihargai.

HATI YANG KAU SAKITI

Jangan pernah katakan bahwa
Cintamu hanya untukku
Karna kini kau telah membaginya

Maafkan bila memang kini
Harus ku tinggalkan dirimu
Karna hatiku selalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Ku menangis membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Aku lah hati yang telah kau sakiti

No comments: