Saturday, June 30, 2012

PAGI YANG SURAM

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Tiba-tiba pagi ni ada mood nak blogging.  Nowdays aku macam kurang sket masa untuk diri aku sendiri selain daripada KERJA..KERJA. Pagi ni rasa cam down jer. Mood tetiba berubah, datang kerja dengan kurang persiapan diri, muka pucat ntah pape2 dan rasa berayun je kepala aku ni. Am i going to die? HUHUHU. Tak nak mati lagi, amalan aku belum cukup dan sempurna lagi, banyak lagi yang belum aku kecapi dalam hidup. Tapi andai kata masa untuk aku tidak sepanjang orang lain, apakan daya aku untuk menidakkan kuasa Allah swt. Aku pernah terfikir, kalau aku dah takde lagi nanti, adakah orang-orang yang selalu bersama aku seperti keluarga, kawan-kawan akan betol-betol merasai ketiadaan aku atau hanya untuk semantara semasa menerima berita ketiadaan aku. I want to get married dan melahirkan anak-anak aku sendiri. Jaga dan didik mereka sepertimana mak dan ayah aku dah besarkan aku dengan sebaik mungkin. Tapi, adakah aku akan melalui itu semua? I'm not sure about it.

If today is my last day.....

Buat keluarga yang dikasihi :
" Terima kasih kepada mak dan pa, kerana telah membesarkan dan mendidik saya untuk menjadi manusia dan makhluk Allah yang berguna. Maaf atas segala keterlanjuran kata, kedegilan yang dah saya buat. Maaf jika saya pernah menitiskan airmata mak dan pa kerana keburukan saya. Kepada kakak, abang dan adik, kalian adalah saudara saya terbaik, hidup tanpa ada persengketaan antara kita, bergembira dan melalui kesedihan hidup bersama. Semoga kalian terus merindui saya nanti".
Buat sahabat tersayang :
" Kalian adalah sahabat terbaik buat saya. Sejak dibangku sekolah rendah hingga kini, ada diantara kalian sentiasa bersama saya tidak kira apa pun ynag berlaku. Kita ketawa dan menangis bersama, menjalani hidup sebagai kanak-kanak, remaja dan akhirnya membesar sebagai seorang wanita. Maaf jika saya pernah menyakiti hati kalian, membuatkan kalian tidak senang dengan saya atau kalian merasakan seperti saya tidak peduli tentang kalian. Saya cuba untuk menjadi sahabat terbaik buat kalian, tetapi ketahuilah bahawa saya juga manusia biasa yang penuh dengan khilaf, and be my best friend forever".
 Buat insan tercinta :
" Saat kita berdua bertemu dan hingga kini, saya yakin kamu adalah insan terbaik buat saya, meski saya bukan perempuan yang sempurna tetapi kamu sentiasa bersama saya dan menghargai diri ini seadanya. Andai ada jodoh antara kita, saya bersyukur kerana kamulah imam buat saya kelak. Tetapi andai takdir hidup kita berlainan, saya redha. Mungkin saya bukan seorang yang caring, or even not a romantic person, but i try to be the best women for you sayang, dan saya cuba untuk menerima apa sahaja kelemahan dan kekurangan awak, sebab kita manusia tiada seorang pun yang sempurna, semoga awak terus bersabar dengan kerenah saya".

 

Sekian

No comments: