Sunday, July 14, 2013

RAMADHAN DATANG LAGI

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...



Hari ni dah masuk hari ke-5 umat islam berpuasa. Sepanjang 4 hari yg lepas, baru sekali je aku sempat makan dengan family. Yang lain semua makan dekat tempat kerja dengan kawan-kawan. Al-maklumlah kerja shift petang, macam ni lah. Tahun ni kita cuma puasa 29 hari sahaja. Rasanya beberapa tahun kebelakangan ni puasa cuma 29 hari sahaja. Start je puasa maka orang pun start lah buat persiapan untuk raya. Puasa baru sehari dah sibok pasang lagu raya lah, beli kuih raya lah, baju raya, nk langsir baru and bla bla bla. Tapi aku sendiri pun dah siap2 tempah kuih raya. HAHAHA dan dah siap dua pasang baju raya. Cukuplah tu kan, sepasang baju kurung (kain hantaran tunang hari tu) pastu sehelai lagi aku beli maxi labuh aka jubah moden. 

Pilihan hidangan untuk bulan puasa? Aku tak kisah sangat ape yang nak dimakan, kalau ikut nafsu tak ke mana. Tapi setakat ni tak dapat lagi bubur lambuk. Nak bubur lambukkkk! Niat bulan ni nak hilangkan sikit si lemak yang dekat perut ni. Ergh susahnya nak membakar dorang ni. Makan pun time berbuka je pastu tak makan dah. Hope success!Bazaar...?Herm setakat ni belum jejakkan lagi kaki ni kat bazaar. Malas kot, ramai giler orang. Kalu pegi mesti mengakibatkan pembaziran yang di luar jangka walau dah plan apa yang nak dibeli.Tahun lepas, seingat aku adalah dua, tiga kali pegi bazaar, tu pun sebab bawak anak sedara beli ayam panggang.



No comments: