Friday, August 16, 2013

AWAK,JOM KITA KAWEN!

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJATERA...


Haha...semacam je title post aku kali ni kan. Haha bukan apa, tetiba malam tadi aku dengan tunang aku duk bincang sikit-sikit pasal hal perkahwinan kami nanti, INSYAALLAH. Sebenarnya plan nak buat akhir tahun ni, tapi macam ade beberapa kekangan je, so kitorang plan nk buat January 2014 nanti. Tu perancangan kami lah, perancangan Allah kita tak tahu kan. Tarikhnye belum dibincangkan lagi. So first step ingat nak pegi ushar pelamin dulu, katanya kalau dah survey senang sikit nak tetapkan bajet. Pelamin, hantaran, baju dan bla bla bla. 

Tema? Hurm...aku dengan dia setakat ni bersetuju untuk pilih warna cream je, lagipun aku sebenarnya tak minat sangat warna-warna terang ni. Ni ada contoh beberapa pelamin yang aku ushar2 kat internet tadi.




Sebenarnya aku tak setuju sangat nak sewa pelamin yang mahal-mahal sampai 2, 3 ribu, bukan boleh tidur atas tu pun, yang penting cantik dan sedap mata memandang. Kalau yang mampu tu tak kisah la kan kalau dia nak amik pelamin yang harga 10k sekalipun. Lagipun kita kena ikut kemampuan masing-masing, buat apa nak ikut orang. Yang nak keluarnye nanti duit kita kot. So berbelanjalah dengan berhemah. Lepas kawen nanti banyak lagi kot nak pakai duit. Kenapa perlu menyukarkan sesuatu yang mudah? Sampai siap buat loan, akibatnye menanggung hutang lepas kawen. Aku sendiri sebenarnya baru start tahun ni menyimpan betul-betul, kalau tak memain je, kejap simpan , kejap tak. Tapi tahun ni bila sedar ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, kenalah berhemah sket kalau bab kewangan ni. 



No comments: