Thursday, September 25, 2014

BARU BARU BARU

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Tahun ni banyak benda baru di sekeliling aku. Status baru sebagai isteri, ada family baru (family suami). Masuk bulan ni dah 8 bulan aku bernikah. Walaupun dah agak lama jugak, tapi sebenarnya aku masih kekok dengan family suami. Sikit-sikit jela yang berubahnya. kat tempat kerja pulak, tahun ni aku dapat ramai kawan-kawan kerja baru. Ada naz, kak ira, rasul, syafiq, yana, azie, saiful. Best jugak dorang ni bila jenis kepala gila-gila. So bila eda xde, abg lan and kak dayah xde, aku ade nur, azir, dan yana. Tempat hilangkan stress. kalua duk dengan dorang ni memang ade je benda yang nk dijadikan isu.Layan jelah kerenah adik-adik ni kan.



Saturday, April 19, 2014

HYE.HYE.HYE 2014

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Wah dah lama giler tak update blog ni. Last update dec last last year. Maklumlah haritu busy dengan persiapan wedding. Ok 2014 ialah tahun yang aku tunggu-tunggu. Sekarang saya sudah bergelar sorang ISTERI. Tiada yang lebih indah iaitu dapat bersama dengan orang yang kita sayang dan benar-benar mahu menjaga kita hingga ke syurga. Insyaallah..

Ok. Kami nikah pada 01 Feb 2014. So dah hampir 3 bulan pun kawen. Kehidupan lepas kawen, tak banyak berubah sangat, sebab masih lagi tinggal dengan family ktorang, so tak rasa cara hidup berdikari sebagai sepasang suami isteri. Niat memang lah nak duduk sendiri, tapi belum ada rezeki lagi la nk dapat rumah sendiri. Punyalah susah nak dapat rumah sewa kat sini. Semua suka nak bagi sewa dekat student je, kalau ada untuk family pun, sewa pulak tinggi la sangat tak mampu. Bukan nak rumah besar pun, cukuplah untuk duduk dua orang buat masa ni.

Kami punya wedding simple jer, yela buat majlis semua pakai duit. Duit sendiri pulak tu, family tambah la sikit-sikit. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, walaupun ada yang last minit.




Thursday, December 12, 2013

PHEWWW~

Alunan ombak yang menghempas pesisir pantai
Menjadi irama merdu menemani pagi yang sepi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Okey pepagi hari dah berpuisi. Okey so, hari ni dah 3minggu si Dia mendiamkan diri. Rindu..? EE xtau nak cakap cmne. Hari-hari memang xde keje len la, keje stalk die jelah.Sayalah stalker yang setia. Bhahahahaaaa... Kadang-kadang rasa macam aku ni dah mati kot, aku je yang perasan yang aku masih hidup, sedang update blog.. Hey korang semua, saya hantu.. Eh tak , aku masih hidup, hidup di bumi yang fana ciptaan Allah s.w.t. Arghh susahnye...faham tak susah..? Tak korang takkan faham. Hanya aku. Hanya aku (macam Hyperact pulak)

Kalau aku dapat putarkan masa, dan tak buat silap, tak sakitkan hati orang. Tapi aku bukan macam Rasullullah yang tak buat silap, yang mmg Allah dah kurniakan buat baginda. Aku cuma manusia biasa. Manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan.




Saturday, December 7, 2013

KEPADAMU KEKASIH...AKU BERSERAH

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Haa.. tengok tajuk pun macam gempak je kan..Hurm sebenarnye xde pape pun. Saje je buat tajuk camtu.
Ok just nak share, dua hari lepas aku dapat call dari seorang sahabat, sahabat baik jugak la, banyak kitorang share benda sama-sama, buat keje giler ntah pape pun ade. Tapi just for fun, buat hilang stress kata orang. Sangat...Dua hari lepas dia call sekadar  meluah perasaan die yang terpendam, dia dapat tahu suami dia masih berhubung dengan perempuan yang dikatakan suaminya sebagai"kawan baik". Naluri seorang isteri, selalunya betul. Dengan tak sengaja die rasa sangat nak buka hp suami dia, then terpampanglah sms kemesraan mereka berdua. Sebenarnya rentetan kisah ni dah lama, sebelum dorang kahwin lagi. Dia tak salahkan perempuan tu, yelah kalau tak bertepuk sebelah tangan takkan berbunyikan. Lepastu, pagi tadi die whatsapp aku, bagitahu yang suami dia dan perempuan tu dah sama-sama mengaku yang dorang memang ada hubungan. 

Ya Allah aku tak boleh bayangkan disebalik kebahgiaan yang aku tengok rupanya ada sesuatu yang terpendam dalam hati sahabat aku ni. Kuatnye dugaanMu untuk dia Ya Allah. Suami dia dan perempuan tu jugak ada merancang untuk bernikah. Katanya dia akan benarkan suami die kahwin tapi dia tak akan bermadu. Ye tak de siapa pun yang nak bermadu, isteri mane yang sanggup untuk lihat suami dia dengan perempuan lain. Ya Allah...sesungguhnya wanita-wanita yang hidup bermadu, dan izin suami dorang berkahwin lain tu memang tinggi betol tahap kesabaran, redha dalam diri mereka. Dan yang penting ikhlas. Aku cuma berharap tiada yang buruk berlaku, aku tahu sahabat aku seorang yang tabah, sebelum ni pun dah macam-macam dugaan untuk dia. Tuhan sayangkan dia, sebab tu tuhan bagi dugaan macam ni dekat dia.

Dan aku pulak,masih lagi seperti hari-hari yang lalu. Menanti sebuah kepastian dari dia. Dengan tarikh pernikahan yang dirancang semakin dekat. Banyak benda yang masih belum dibuat. Aku buntu, aku tak tahu apa yang aku perlu buat. Cuma mak dah uruskan hal tempahan katering, survey barang-barang untuk doorgift, jemputan, khemah, pelamin, tempat tinggal untuk sedara-mara yang dari jauh nanti. Dan aku jugak dah siap designed our wedding card. Sebenarnya aku dah memang niat dari awal lagi untuk buat kad sendiri walaupun simple je. We have less than 7weeks. Bila mak tanya nak beli apa, nak buat apa...automatik aku jadi resah, gelisah. Hanya menjawab acuh tak acuh. Macam mana kalau semuanya tak seperti yang diinginkan.....??Tak sanggup nak menghancurkan kegembiraan orang lain.

Tapi aku yakin. Ya yakin, sinar itu pasti akan tiba. Berdoa dan sentiasa menharapkan yang terbaik buat aku dan dia. Mengganggap ini sebahagian dari dugaan kecil untuk kami.

Buat awak, kalau awak rasa ini jalan yang betul, yang terbaik buat awak dan saya, kita teruskan.
Kalau awak perlukan lebih masa, kita boleh berbincang. 
Tapi andai kata, sampai di sini saja, saya terima dengan redha. Meski saya tak mahu ini semua terjadi.
Saya percaya yang saya tak pernah silap bila saya terima awak dalam hidup saya. Tiada istilah awak tak layak untuk saya, atau saya tidak layak untuk awak. Siapalah kita untuk berkata sedemikain. Layakkah kita...?Hanya Allah saja yang tahu. Saya sayangkan awak sepenuh hati saya, tiada niat untuk mempermainkan sesiapa pun. Jika perbuatan saya itu satu dosa besar buat awak, ampunkan saya. 




Monday, November 25, 2013

KUATKANLAH AKU

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Hurmmm camne ye..susah nak luahkan.
Bila difikir datang segala rasa. Rasa sedih, keliru, kusut dan ntah pape jelah.
Cuba untuk fikir secara positif.
Aku yang bodoh sangat. Sikap suka main-main tu sentiasa ada walau dalam keadaan genting.
Ah benci. Kan tak pasal-pasal orang di sana dah marah dengan aku, kecewa dengan sikap aku.
Sukarnya menanti waktu untuk menerima jawapan.
Hanya mampu berdoa je pada Allah semoga semuanya selamat.
Insyaallah =)

Friday, October 25, 2013

MENUJU GERBANG ^_^

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Okey, kali ni nak share sikit pasal something..hehe..Untuk 2, 3 bulan ni just buat persediaan untuk kawen je. Baik dari segi majlis, kenduri, dan jugak persiapan diri sendiri. Tarikh pun dh ditetapkan. Insyaallah jika diizinkanNya maybe akan berlangsung sekitar Jan-Feb (Tarikh dirahsiakan).

Mula-mula sekali dah pergi survey butik pengantin dengan Encik Tunang, dah dapat idea sikit cmne yang ktorang nak, so kami decided untuk ambil pelamin yang bertemakan warna putih. Cuma  masalahnye sekarang ialah baju kami xdapat lagi, sebab susah nak cari saiz untuk Encik Tunang. Panjang sangat orangnye.HEHE..

Seminggu lepas pergi survey dengan Encik Tunang, mak ajak pergi rumah kawan die yang buat pelamin jugak, sebab katanya boleh dapat murah sikit sebab kenal, so aku pun pegilah dengan mak tanpa Encik Tunang. Masih lafi dengan tema yang kami nak iaitu putih, so dapatlah pelamin yang aku berkenan tu. Simple je. Mak sungguh-sungguh tak nak pelamin dengan motif bunga-bunga besar sebab katanya takde seni. Pulak..

 

















































Pelamin cenggini lah yang mak aku tak suka. HAHA






Pelamin yang aku nak tu lebih kurang cmni lah..tapi lain sikit..Bunga putih daun hijau..dan putih..putih...
Pelamin ( / )
Baju ( ??? ) masih menjadi teka-teki. Actually planned dengan Encik Tunang nak pegi semula den\kat butik tu 23hb lepas, tapi ditakdirkan Encik Tunang tak sihat pulak, so terpaksa postponed dulu. Tak sure lagi warn apa nak pilih. Aku tak kisah sangat hal warna ni tapi buat masa ni aku cuma minat color pastel je, tak nak colorful sangat.Color pastel ni macam mint green, coral peach, tiffany blue, pastel dusty pink, yellow lemonade zest

Coral Peach (1)





Coral Peach (2)

Tiffany Blue


Berkenan sangat dua warna ni. tapi tak tahulah Encik Tunang suka ke x..HEHE.









Friday, August 16, 2013

AWAK,JOM KITA KAWEN!

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJATERA...


Haha...semacam je title post aku kali ni kan. Haha bukan apa, tetiba malam tadi aku dengan tunang aku duk bincang sikit-sikit pasal hal perkahwinan kami nanti, INSYAALLAH. Sebenarnya plan nak buat akhir tahun ni, tapi macam ade beberapa kekangan je, so kitorang plan nk buat January 2014 nanti. Tu perancangan kami lah, perancangan Allah kita tak tahu kan. Tarikhnye belum dibincangkan lagi. So first step ingat nak pegi ushar pelamin dulu, katanya kalau dah survey senang sikit nak tetapkan bajet. Pelamin, hantaran, baju dan bla bla bla. 

Tema? Hurm...aku dengan dia setakat ni bersetuju untuk pilih warna cream je, lagipun aku sebenarnya tak minat sangat warna-warna terang ni. Ni ada contoh beberapa pelamin yang aku ushar2 kat internet tadi.




Sebenarnya aku tak setuju sangat nak sewa pelamin yang mahal-mahal sampai 2, 3 ribu, bukan boleh tidur atas tu pun, yang penting cantik dan sedap mata memandang. Kalau yang mampu tu tak kisah la kan kalau dia nak amik pelamin yang harga 10k sekalipun. Lagipun kita kena ikut kemampuan masing-masing, buat apa nak ikut orang. Yang nak keluarnye nanti duit kita kot. So berbelanjalah dengan berhemah. Lepas kawen nanti banyak lagi kot nak pakai duit. Kenapa perlu menyukarkan sesuatu yang mudah? Sampai siap buat loan, akibatnye menanggung hutang lepas kawen. Aku sendiri sebenarnya baru start tahun ni menyimpan betul-betul, kalau tak memain je, kejap simpan , kejap tak. Tapi tahun ni bila sedar ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, kenalah berhemah sket kalau bab kewangan ni.